♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
K E S I A N
Monday, November 24, 2014 ✿ 5:16 PM ✿ 0 Royal Person (s)


  
السلام عليكم
Peace be upon you
 
 
Hari ni malas sangat nak membebel panjang panjang. Sebab aku dah bosan dah jenis ada "kawan" yang jadi B A N G S A T belakang aku ni. Maaf kalau bahasa aku ni kasar, tapi aku nak cakap, 
 "Terima kasih sebab bagi perhatian yang lebih kepada aku, semua benda aku buat semua benda kau nak cara. Hmmm, aku "SAYANG" dekat kau"
 
 
 







 

 










Note : Mengatalah selagi boleh bercakap, jangan sampai satu saat kau mencari kemaafan aku secara    merangkak.



Tegur Tanda Sayang
Saturday, November 15, 2014 ✿ 12:13 PM ✿ 0 Royal Person (s)

 


السلام عليكم
Peace be upon you


" Tegur Tanda Sayang", simple je aku punya tajuk hari ni, tapi makne dia begitu mendalam sekali. Aku tak faham lah dengan kawan kawan aku yang kata mereka "sayang" kan aku, tapi bila aku buat salah silap, mereka lebih cenderung untuk mengata, mengutuk belakang aku dari menegur depan aku. Apa makna sayang kalau dah nampak kawan buat salah tapi tak tegur? Apa yang dikatakan sayang? Kalau dah nampak salah depan mata hanya sekadar mengata dan mengutuk? Bukan nak nasihat atau menegur! Bagi aku, kalau kita sayangkan kawan kita, kita jangan sekadar tengok dan mengata kalau kawan kita buat salah. Itu tak mendatangkan hasil yang baik pun. Tapi lagi mengeruhkan keadaan.

Sayang, ada kawan ramai. Tapi dalam seramai ramai kawan tu, tak ada siapa yang berani tegur dan nasihat aku depan mata dengan kesalahan dan kesilapan yang aku dah lakukan, hanya pandai mengata dan bercerita serta mengutuk dibelakang aku. Tu bukan kawan, tapi tu adalah lawan!










Note : Bila kita senang, kawan akan kenal kita. Bila kita susah, kita akan kenal siapa kawan kita. 


Haters make me T O U G H
Friday, November 14, 2014 ✿ 9:54 PM ✿ 0 Royal Person (s)



 

 
السلام عليكم
Peace be upon you


Mungkin apa yang tertera dalam gambar diatas sangat kasar bunyi nya. Tapi bagi aku, apa yang tertera tu memang mendalam makna nya. Aku rasa semua orang pernah lalui nya kan? Aku jugak tak terkecuali, apa yang ada dalam gambar tu aku pernah lalui. Kadang kadang apa yang mereka cakap dibelakang aku, tak semua yang betul. Suka sangat menjaja cerita murahan belakang aku, mungkin ada special dimata mereka pasal aku. Sebab tu non stop menjaja sana sini pasal aku kan? Kalau depan aku, Allahuakbar! Bukan main baik nya sampai pijak anak gajah depan mata pun tak akan mati. Tapi belakang aku, dialah segala hantu syaiton yang jaja cerita cerita murahan pasal aku. Hmmmm, kadang kadang aku rasa ada bagus nya orang orang macam ni. Sebab apa? Sebab dengan ada orang orang macam ni, mereka buat aku lebih kuat untuk berhadapan dengan hari hari yang akan datang.

 Aku lebih kuat dan tabah dengan kata kata cacian, hinaan seprti mereka! Mereka makin buat aku kuat, walaupun ada kalanya aku menangis keseorangan tanpa pengetahuan mereka. Tapi menangis aku bukan erti kalah, bukan erti lemah! Tapi mengumpul semangat untuk terus pandang kehadapan! Bukan macam mereka, masih mundur hanya memikirkan cara untuk menjaja cerita cerita jalanan yang tak punya kesudahan. Manusia, salah silap, kurang orang nampak tajam dimata sampaikan membabi buta menilai, tapi salah silap dan kurang diri sendiri? Hanya butakan mata dan butakan hati untuk menilai.











Note: Mulut tempayan kita boleh tutup, mulut orang, maut menanti je boleh tutup


Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN