♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
bingung memikirkan kerja kursus...
Monday, February 13, 2012 ✿ 7:20 PM ✿ 0 Royal Person (s)




Assalammualaikum...

okey , nampak tak gambar ala ala comel aku kat atas tuwh ? uniform biru tuwh ! :') kalau x comel , buat buat senyap jew laa okey sayangs ? aku taw aku x comel + hot stuff macam kowg kan ? :| tapi , sekurang kurang nyer i'm be my self ! no edit at my picture okey ? <3 hari nie , aku dah pakai uniform pengawas . biru gitu , dari jauh dah nampak gadis berbaju biru . okey , jangan nak tergoda ! :D . dalam kegembiraan aku senyum dalam gambar kat atas tuwh , ada kebingungan yang aku hadapi sekarang nie . haih , x dapat aku nak luah kan macam mana bingung nyer aku kan ? :'( aku berharap sangat ada orang yang tolong aku menanggani kebingungan aku nie . :-/


dalam senyuman yang terukir di bibir aku , aku tengah dalam kebingungan yang akan menentukan markah SPM aku . haih , macam mana laa aku nak selesai kan . aku memohon agar Allah berikan aku petunjuk untuk aku memilih jalan yang terbaik . okey , mesty kowg x faham kan apa yang telah aku alami ? :-/ now , aku akan story mory kan laa sikit . minggu nie dah start dah buat kerja kursus folio pendidikan seni visual . yang pasti nyer , markah kerja kursus pendidikan seni nie 100% ! yaallah , besar sungguh markah yang terpaksa aku korban tenaga aku untuk peroleh 100% ! :| tapi , yang menjadi masalh nyer sekarang nie , aku x tahu nak pilih tajuk yang mana satu . aku nak laa kalau tajuk yang aku pilih tuwhaku dapat markah penuh 100% . nanti kalau aku tersalah pilih , markah aku jugak yang tercela kan ? x nak laa macam tuwh . :'( kat bawah nie aku ada inform kan sikit soalan yang keluar untuk kerja kusus pendidikan seni 2012 . :')



TUGASAN 1

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : REKA CORAK KASUT KANVAS

SITUASI
Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk
pasaran tempatan.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas
yang bertemakan hidupan marin.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.
2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas.
4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.
6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.
7. Kajian warna pada reka letak.
8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


TUGASAN 2

BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : HIASAN DALAMAN
PRODUK : RUANG BILIK BAYI

SITUASI
Sebuah syarikat hiasan dalaman akan melancarkan satu pakej promosi untuk ruang
bilik bayi.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bilik bayi yang
dilengkapi dengan peralatan bayi yang sesuai. Ruang tersebut perlu menekankan aspek
keselamatan dan keselesaan kepada bayi.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik bayi.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan bayi yang sesuai.
3. Koleksi gambar pelbagai alat permainan bayi.
4. Lakaran pelan lantai ruang bilik bayi yang sesuai mengikut skala.
5. Kajian warna ruang bilik.
6. Lakaran dan olahan perabot serta kelengkapan peralatan bayi yang dipilih.
7. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan bayi yang dipilih.
8. Lukisan perspektif model dari tiga sudut pandangan yang menarik.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


TUGASAN 3

BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : INDUSTRI
PRODUK : BEKAS ALATAN MELUKIS MUDAH ALIH

SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar alatan seni memerlukan reka bentuk bekas alatan melukis yang
mudah dibawa.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model bekas alatan melukis
yang memudahkan pelajar untuk menggunakannya ketika di dalam atau di luar kelas.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis bekas alatan melukis.
2. Lakaran dan olahan reka bentuk bekas alatan melukis.
3. Lakaran susun atur alatan lukisan di dalam bekas cadangan.
4. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
5. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
6. Lukisan perspektif dari sudut yang menarik.
7. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
8. Lukisan perincian reka bentuk yang dihasilkan.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


TUGASAN 4

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : BEG MEMBELI BELAH

SITUASI
Seorang pengusaha kraf tradisional ingin menghasilkan beg membeli belah untuk
mengurangkan penggunaan plastik dan menyelamatkan alam sekitar.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu beg membeli belah yang bercorak
batik dan menggunakan teknik ikat celup.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah.
2. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
3. Lakaran reka bentuk beg membeli belah.
4. Kajian teknik ikat dan celup.
5. Kajian warna ikat dan celup.
6. Lakaran reka letak ikat celup yang bersesuaian dengan reka bentuk.
7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang
berbeza.
8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


TUGASAN 5

BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA BINAAN

SITUASI
Persatuan Alam Sekitar mengadakan satu pertandingan membuat arca bagi diletakkan
di taman arca persatuan tersebut.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca binaan yang
bertemakan pertumbuhan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai arca binaan.
2. Koleksi gambar pelbagai alam semula jadi sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.
4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.
5. Lakaran reka bentuk binaan.
6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.
7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.
8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


TUGASAN 6

BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : INDUSTRI
PRODUK : KERUSI KANAK-KANAK

SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar perabot moden bercadang untuk menghasilkan kerusi rekaan
terbaru untuk kanak-kanak.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model kerusi kanak-kanak yang
bertemakan fauna.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kerusi kanak-kanak.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis fauna sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.
4. Lakaran olahan motif berdasarkan sumber ilham.
5. Lakaran reka bentuk kerusi kanak-kanak.
6. Lakaran gabungan reka bentuk kerusi kanak-kanak dan olahan motif yang dipilih.
7. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
8. Lukisan tiga dimensi dari dua sudut pandangan yang berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : IKLAN TRANSIT

SITUASI
Syarikat Seri Rawa Kraf adalah sebuah syarikat yang mengusahakan kraf batik. Syarikat
ini ingin mempromosikan produk batik keluarannya.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan iklan transit bagi mempromosikan
kraf batik keluaran syarikat tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai iklan transit sebagai sumber ilham.
2. Koleksi pelbagai jenis barangan kraf batik sebagai sumber ilham.
3. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.
4. Lakaran olahan idea muka taip.
5. Lakaran olahan idea kraf batik.
6. Reka letak muka taip dan kraf batik pada badan kenderaan.
7. Kajian warna pada reka letak pilihan.
8. Lukisan perspektif iklan transit pada badan kenderaan yang dipilih.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


TUGASAN 8

BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN
PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI
Sebuah resort baru di Taman Negara Pahang ingin menghias dinding setiap biliknya
dengan karya cetakan yang bersesuaian.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan yang bertemakan
flora dan fauna di Malaysia yang hampir pupus.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan.
2. Koleksi gambar flora dan fauna Malaysia yang hampir pupus.
3. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.
4. Lakaran olahan berdasarkan sumber ilham.
5. Lakaran reka letak motif atau ilustrasi.
6. Kajian warna.
7. Lukisan sebenar cetakan.
8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.


TUGASAN 9

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : KOTAK SERBA GUNA

SITUASI
Nenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekas
untuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yang
mempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.
2. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna.
3. Lakaran reka bentuk kotak serba guna.
4. Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham.
5. Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih.
6. Lakaran olahan idea motif flora.
7. Reka letak motif pada kotak serba guna.
8. Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.


so , agak agak laa kan ang mana patut aku buat ye ? eeerrr , aku pown tengah rungsing laa sekarang nie . nak buat solat istiqarah laa pulak rasa nyer . bia dapat pertunjuk dari Allah . insyaallah . :') harap harap apa tajuk yang aku pilih nanti , aku dapat markah penuh , insyaallah . doa kan aku ye sayangs ? :D okey laa , aku undur kan diri dulu ye ? take care sayangs ! :)








Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN