♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
breast cancer...
Thursday, May 31, 2012 ✿ 3:49 PM ✿ 4 Royal Person (s)





Assalammualikum...


hari nie aku nak story sikit pasal baby sitter aku masa aku kecik kecik dulu . aku dengan family aku dah anggap dyowg macam family sendiri sebab dyowg dah jaga adik beradik aku since aku tadika and hingusan lagi sampai aku form1 , bayang kan laa kan ? betapa lama nyer aku dengan adik beradik aku tinggal di bawah jagaan baby sitter aku tuwh . masa ktorang tinggal dengan dyowg , adik aku yang bongsu tuwh baru lepas habis pantang tinggal dengan baby sitter aku tuwh . tambahan pulak aku dengan adik beradik aku memang rapat dengan anak anak baby sitter aku tuwh , aku dengan adik beradik aku dah anggap anak anak baby sitter aku tuwh macam kakak and abang sendiri . betapa rapat hubungan kitorang . banyak kenagan aku dengan dyowg , masa nak pindah kat pahang dulu , kitorang rasa macam susah and heavy sangat nak tinggal kan family baby sitter tuwh . lepas dah pindah , dyowg ada jugak datang rumah aku kat pahang nie . kalau raya pulak , aku selalu jugak oergi rumah dyowg , yelaaa , rasa macam dah family sendiri kan ? :-/


semalam , masa kau kat kampung , baby sitter aku tuwh call mama aku . dye btw yang dye kene breast cancer ! yaallah , aku dengan family aku terkejut gilaa , kesian dye . dye btw yang isnin nie dye kene operation dah . breast dye nak kene buang dah , sebab cancer dye dah sampai tahap yang kritikal . yaallah , kesian baby sitter aku tuwh . :'( aku x taw nak cakap macam mana , so maybe lusa or tulat aku and family nak balik rumah nenek aku kat kajang , lepas tuwh nak pergi tengok dye kat hospital . patut laa hari tuwh anak dye ada post kan status pasal mak dye , aku ingat pasal apa . aku x tanya laa . last last semalam baby sitter aku tuwh call mama aku yang dye nak kene operation . kesian dye kan ? baby sitter aku tuwh dapat taw bila dah kene cancer tahap yang kritikal . :( yaallah , kuat kan laa semangat baby sitter aku tuwh untuk lawan penyakit yang dye hadapi , sesungguh nyer hanya engkau yang mengetahui segala gala nya . :|


dengan kesempatan yang ada nie , aku nak mintak tolong kepada semua reader yang baca entry aku kali nie , doa kan keselamatan baby sitter aku tuwh ek ? semoga operation yang dye jalani isnin nie selamat dan x kan terjadi apa apa yang x diingini belaku . :( insyaallah , sama sama kita doa kan dye . amin . :) so , aku nak share sikit pasal breast cancer . hope apa yang aku share akan memberikan manfaat dan pengetahuan  yang berguna kepada kita semua . insyaallah . 



Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara marupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel- sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru- paru dan hati. 



Apa Menyebabkan Kanser Payudara?

Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghadapi kanser payudara. Faktor- faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara :
  1. Usia yang meningkat
  2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  3. Telah mendapat kanser pada satu payudara.
  4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur melebihi 50 tahun.
  5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
  6. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.


Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara?

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah satu kanser yang paling mudah dikesan.Pegesanan boleh dilakukan dengan Pemeriksaan Sendiri Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapat Pemeriksaan Payudara oleh seorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seorang wanita mengesan payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan. 



Bagaimana Melaksanakan PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara) Bila mesti melakukan PSP?

Anda mesti melakukannya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke 7 hingga ke 10 selepas bermulanya haid anda. Sekiranya jangka masa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.



Bagaimana Melakukan PSP?

  1. Berdiri di hadapan cermin dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  2. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara.
  3. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar.
  4. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.BerbaringUntuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala.
  5. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara.
  6. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.
  7. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
  8. DAPATKAN PENGESAHAN HOSPITAL DAN ANDA MUNGKIN MEMERLUKAN RAWATAN DARI PERUBATAN TRADISIONAL JIKA ADANYA : Sebarang gumpalan.Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.Puting tersorot ke dalam.
  9. Terasa sakit pada payudara.






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN