♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Setelah Berhenti Menulis
Tuesday, December 11, 2012 ✿ 1:42 PM ✿ 2 Royal Person (s)


 


السلام عليكم
Peace be upon you


Now, aku kena kembali rajin untuk blogwalking! Yelaaa, dah berapa bulan aku tinggal kan blog ni, so dah ramai readers yang lari dari blog aku ni. So sad kan? Tapi nak buat macam mana, situasi sekarang ni, aku kena pulun habis habisan untuk kembali berjalan jalan untuk tarik pembaca kat blog aku ni. Insyaallah, lepas ni aku akan kembali aktif sepenuh masa dekat blog kesayangan aku ni. Insyaallah jugak, mulai hari ini aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menulis dengan lebih matang tanpa melayan perasaan amarah atau apa apa pun. Kalau ada sebarang penulisan aku yang aku update mengikut perasaan amarah aku, aku mintak maaf sangat sangat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Almaklum la, aku ni Hamba Allah yang tidak sempurna dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. So, kalau ada apa apa yang menyinggung kan perasaan mana mana pihak, atau penulisan aku ni ada menimbulkan kemarahan mana mana pihak, aku dahulukan 1000 kemaafan.


Bila dah berbulan tak menulis kat blog ni, rasa macam kekok pun ada jugak! Yelaaa, selama ni aku asyik asyik menulis dalam buku, biasa laaa budak SPM, semestinya banyak latih tubi yang kena buat sebelum menjelang SPM! Memang kekok bagi aku bila nak mula kan menulisdalam blog ni, kadang kadang buntu jugak idea dalam kepala otak yang giliga ni nak buat tajuk apa, nak update pasal apa! Jenuh jugak lah nak memikirkan nya, tapi bila dah start menulis, menaip kat blog ni, Eh Eh! banyak pulak cerita yang nak diomel kan! Waahhh! Sungguh pelik! Sampai kan satu tahap tu, rasa tak nak berhenti pulak! Nak luah kan idea yang dah berkumpul dan berkepuk kepuk dalam kepala otak yang dah tersimpan berapa bulan ni!


Kalau lah boleh bawak keluar idea yang aku ada ni keluar dari kepala otak aku, mesti dah bertimbun timbun kan? Yelaaa, dari bulan Julai hingga ke Bulan Desember, satu habuk pun idea yang aku ada ni aku tak luahkan dekat blog! Mana tak bertimbun nya kan? Kebanyakan idea yang aku keluarkan just untuk peperiksaan SPM! Yang paling syok nya, bila keluarkan idea nak menulis karangan lah! Fuuuhhh! Kalau tak cukup 3 muka surat jangan harap idea aku ni nak kering! selagi ada idea, selagi tulah aku akan keluarkan idea aku. Eh, cerita punya rak pasal aku punya SPM ni, kadang kadang ada jugak terlintas dek fikiran aku ni, agak agak macam mana la kertas jawapan aku tu ye? Macam mana dengan keputusan peperiksaan aku yang bakal keluar bula Mac ni nanti? Fuuuhhhh! Memnag sesak kepala otak nak memikirkan pasal SPM!


Kadang kadang rasa nak pecah jugak kepala otak aku ni memikirkan pasal SPM aku, tapi aku sebagai orang islam, aku hanya mampu berdoa dan bertawaqal kepada yang satu, iaitu Yang Maha Esa. Dia yang mengetahui segala galanya. Yang penting sekarang ni, aku dah berusaha sedaya yang aku mampu untuk bertempur di medan peperangan pada 5 November 2012 - 6 Desember 2012, Insyaallah dengan berkat usaha aku, Allah akan menolong. Insyaallah jugak, result yang bakal keluar nanti setanding dengan usaha aku sebelum peperiksaan, Insyaallah! Yang mampu aku lakukan sekarang ni, berdoa banyak banyak semoga semua urusan peperiksaan aku berjalan dengan lancar sama ada sebelum, semasa, atau selepas peperiksaan. Insyaallah.






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN