♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
17.02.2013
Sunday, February 17, 2013 ✿ 8:28 PM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you


Perempuan dengan shopping memang tak dapat nak dipisahkan! Tipulah kalau sesorang perempuan tu tak ada nafsu nak bershopping! Zaman sekarang nie pulak, bukan perempuan je yang gilakan shopping, tapi lelaki pun dah sama naik macam perempuan! Boleh kata 2x5 lah dengan perempuan, gilakan shopping! Kadang kadang, duit dalam poket cukup cukup nak makan je, tapi sebab gilakan shopping, masuk mall, butik, kedai, sekadar cuci cuci mata dan lepas kan gian nak bershopping pun jadi lah! Tak beli pun tak apa, asal kan dah tengok barang barang cantik yang buat kan mata rambang masa nak membeli! Tapi yang tak best nya bila tak ada duit tapi mengada nak bershopping, mulalah sakit hati bila tengok benda cantik, benda yang kita minat nak beli, tak dapat nak tunaikan! Selalunya bila time duit kering, semua benda yang ditengok pun cantik dek mata! Cuba kalau time duit berkepuk dalam poket? Semua lah tak minat dan tak cantik dek mata nie! Haih, sungguh mengada kan? 


Hari nie aku plan nak keluar dengan Mr.MAN aku, tapi last minute pulak dia kena pergi Poli dia sebab nak pergi siap kan kerja surveyor dia! So, aku pun tak kesah sangat lah, sebab mamang niat aku nak keluar sebab nak beli hadiah birthday mama, yelaaaa, sementara ada duit sikit, apa salah nya habis kan untuk family kan? So, aku tak fikir panjang bila dah ada duit! Mula mula abah hantarkan dekat Indera Sempurna sebab dia ada hal lain yang tak boleh hanta aku sampai bandar, so lepas tu aku naik bas rapid kuantan, sebab cik abang aku tu tak dapat nak jemput tuan puteri nie kat IS elok elok sampai simpang IS, aku tengok bas rapid kuantan dari pekan baru je lepas! Haih, aku rasa macam lama je nak tunggu bas, so duduk sekejap dekat bus stop and than tak sampai 10 minit bas rapid kuantan IS punya baru keluar, nasib baik jugak aku sempat tahan and driver bas tu nampak aku! Kalau tak alamat nya kena tunggu bas rapid dari pekan lah pulak! Nak tunggu punyalah sekian! 


Hati rasa punya lah gembira sakan bila tengok jam baru pukul 12.10, awal lagi, dalam hati tengah kira kalau dari IS-Bandar tak sampai 10 minit, tup tup bila sampai dekat Inderapura, setitik air hujan pun tak turun! Haih, masa dekat IS punyalah lebat hujan! Macam tak nak bagi aku keluar je kan? Saje nak buat aku balik Pekan balik! Tak kesah lah tu, sebab memang aku dah plan nak keluar! Tapi yang buat aku mentalnya bila dekat trafic light SMK Paya Besar, bas masuk simpang ke permatang badak! Pergh! Hati dah start panas bila fikir fikir mesti bas akan pusing dalam area tu, bukan sekecil kuman kawasan dia, besar! Permatang Badak - Permatang Badak Baru - SMK Bukit Rangin - Bukit Rangin - Sungai Isap - Sungai Isap 1 - Sungai Isap 2 - Sungai Isap Perdana! Okey, memang best kan bila driver bawak jalan jalan makan angin kosong? Tapi salah aku jugak, aku terlupa yang setiap bas memang akan masuk area tu, haih, kenapa lah aku boleh lupa kan? Bila dah round round dalam area tu, sampai dekat bandar, tengok jam dah pukul 12.40. 


Okey, tak kesah sangat lah aku nie sebab memang aku keluar lambat hari nie. Bila dah sampai dekat Terminal Makmur, aku nampak terminal tu tengah under renovation, aku tak amik port sangat lah sebab memang aku dah tahu yang terminal under renovation, bila dah sampai depan terminal, aku lagi bertambah bengang nya bila driver bas tak berhenti turunkan penumpang depan terminal! Pergh! Hati memang panas time tu, sebab dari pasar - ECM agak jauh perjalanan nya! Selalu nya bas akan berhenti turunkan penumpang dekat depan terminal, hari nie? Semua turunkan penumpang dekat padang MPK! Lepas dah turun bas, aku sabarkan hati yang tengah panas nie dengan cuaca agak panas jugak, jalan kaki dari padang ke ECM! Basah jugak lah ketiak jalan kaki! Time jalan kaki menuju ke ECM, ada pulak seorang insan warga Cina kalau tak silap aku, berdiri dekat tiang, sambil buat isyarat nak jual Samsung Galaxy Tab2 5.0! Pergh! Aku kalau ikut kan nafsu, memang nak beli! Confirm murah punya! Tapi suspen jugak wehhh, bila aku sorang perempuan jalan kat situ, orang lain dah laju kat depan!


So aku pun tak nak ambik risiko apa apa, aku just terus jalan menuju ke ECM! Sampai ECM punyalah lega bila dapat angin air cond yang sejuk tu! Sungguh aman aku dibuatnya! Sampai ECM, jalan sorang sorang tak tentu hala, sebab tunggu cik abang aku habis kan keja dia kat poli, aku pun jalan masuk butik sana butik sini nak cari kasut flat! Memang hari ni tujuan aku nak beli kasut flat sebab kaki aku yang agak remaja nie dah mula sakit sana sakit sini! Masuk Verns, Rucini, Brands Outlet. Naik atas pergi Watsons, jumpa crim pencerah Garnier, beli 1 sebab muka aku yang agak negro nie, lepas tu jalan jalan lalu depan Al Ikhsan. Mula mula nak jumpa bestie aku, tapi takut ganggu dia time kerja, sebab aku taw dia off day hari Khamis je! Aku pun naik atas lagi duduk dekat depan Kenny Rogers Roasters. Tak lama lepas tu cik abang aku call suruh aku pergi solat dulu sebab dia nak pergi buat surveyor dekat 1 station lagi. Aku pun okey, so terus pergi solat!


Lepas solat, hati rasa nak tengok belt kat Brands Outlet, turun ke bawah pergi sana tengok belt! Lepas tu mata aku nie menggatal nak tengok kasut flat! Okey, memang mata rambang bila tengok harga awesome belaka! Duit dalam poket pun no hal! 2 FOR RM60, 2 FOR RM70, 2 FOR RM 80! Okey, nafsu aku memang dah membuak buak nak beli! Stay depan kasut nak dekat 30 minit, ambik 2 pasang kasut yang 2 FOR 70! Lepas tu rasa nak pergi bayar, jumpa cik abang aku, aku tunjuk kasut yang aku pilih, dia tak berkenan! Pergi tukar balik, ambik kasut lain! And than beli sepasang je sebab yang lain dia tak berkenan! Lepas beli naik atas sebab nak makan, lapar tahap gaban katanya. Sampai food court, jumpa Tasha! My Bestie, dia yang perasan aku, aku? Memang tak perasan sebab mata aku tahap rabun yang amat, kalau jalan memang tak nampak orang, kabur je! So, bila pandang betul betul aku sure tu bestie aku sebab aku cam suara dia! Order air dulu lepas tu bestie datang tanya khabar, snap pic muka hodoh hitam tahap Dayang Senandung, agak malu nak snap pic dengan bestie! 


Dah snap semua, take just a minute borak borak and dia balik Al Ikhsan sebab kerja! Salam bestie, laga laga pipi chubby kami and aku pergi kat cik abang aku nak teman dia pulak! Lepas habis semua semua, nak balik sebab cik abang aku kena balik awal sebab ayah dia nak guna kereta pergi niaga! Lalu depan movie, kena tahan dengan sales girl P1, take just a minute dengar penerangan dia, and than turun bawah untuk utuk beli hadiah mama and manisan mulut adik adik aku kat Big Apple. Lepas tu jumpa Ikmal! Ikmal jadi chef donat dekat BA! Lepas beli BA, pergi First Lady, beli hadiah mama and balik! Balik, aku suruh cik abang aku hantar sampai Pekan, sebab kaki aku memang tak berdaya nak berdiri dalam bas dari Kuantan-Pekan! Haih, agak kepenatan hari nie, tapi still happy sebab aku dapat beli apa yang aku nak! Shopping sakan lah! Tapi tak sakan mana sebab aku just beli kasut flat and crim muka je! But so far, memang enjoy keluar walaupun first first keluar dan jalan sorang! 











Note : Kakak dekat P1, panggil aku kakak! --' Padahal aku muda dari dia, paling tak boleh blaa, dia kata, aku nie wife cik abang aku! Harap harap masin lah mulut dia aku nie wife dia nanti! :')






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN