♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Akibat Kegilaan Kasut Tumit Tinggi
Tuesday, February 19, 2013 ✿ 7:20 PM ✿ 2 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you


Perempuan dengan kasut memang tak dapat nak dipisahkan, ada yang suka kasut yang jenis rata, ada jugak yang suka pakai kasut jenis bertumit tinggi. Aku pulak, memang jenis yang suka pakai kasut jenis tumit tinggi, memandangkan tahap ketinggian aku agak comel, so setiap kali aku keluar mana mana, mesti aku gayakan kasut tumit tinggit. Aku memang jenis yang menggila dengan kasut tumit tinggi nie, terutama sekali kasut jenis Wedge! Memang aku terliur setiap kali lalu depan kedai kasut tengok wedge yang membuatkan mata aku rambang, paling rendah wedge aku setinggi 3 1/2 inci, yang paling tinggi pulak 5 inci. Bayangkan lah betapa tinggi nya wedge yang aku miliki, bila time berjalan, confirm jalan ala ala model! Sebab nak stabil kan badan dengan cara kita jalan, kalau tak cover or balance kan, alamat nya ada yang jatuh menonggeng! 


Aku start pakai kasut tumit tinggi since aku Form1 atau form2, sebab time tu memang perasaan nak tinggi tahap kemuncak! Cara paling cepat nak nampak tinggi pakai lah kasut tumit tinggi, tapi sejak kebelakangan nie, bila aku keluar jalan guna wedge, kaki aku mesti sakit yang amat! Agak nya kaki aku dah lama menggayakan kasut tumit tinggi nie, lagi pun bila kita pakai kasut tumit tinggi nie, banyak kemudaratan nya. Maybe tulang tulang aku dah tak tahan nak bekerja dengan kritikal nya bila aku pakai kasut tumit tinggi nie. So sebelum apa apa, aku amik jalan lain, aku beli kasut flat! Buat pertama kali nya aku beli kasut flat selepas aku menggilai pakai kasut tumit tinggi nie. Maybe selepas 5 6 tahun aku pakai kasut tumit tinggi, ini baru pertama kali aku beli yang rata! Tu pun lepas aku rasa kaki aku dah tak tahan nak menggayakan kasut tumit tinggi.


 Kasut tumit tinggi nie sebenar nya banyak effect kat badan kita nie, cuma aku je yang tak endah kan. Yang penting dan jadi keutamaan, nampak awesome je! Bila dah sakit macam nie, mula lah nak mencari kasut flat je, tulah padah nya bila nak cantik, tak kesah apa apa pun risiko nya! Padah menimpa diri diabaikan. Kat bawah nie aku ada list kan beberapa keburukan dan akibat memakai kasut tumit tinggi! Harap harap dengan entry aku kali nie, terbukak lah pintu hati aku untuk pakai kasut flat je.


" Pakar tulang (orthopedics) telah lama menyatakan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan masalah di lutut, pergelangan kaki dan pada kaki. Masalah yang dihadapi boleh terjadi dengan segera ataupun dalam jangka masa yang lama. Terseliuh pergelangan kaki dan patah tulang akibat terjatuh semasa memakai kasut tumit tinggi adalah di antara dampak segera dari pemakaian kasut tumit tinggi. Manakala osteoarthritis (osteo-tulang, arthro-sendi, itis-radang) adalah dampak masalah bagi pemakaian dalam jangka masa yang panjang. "

1. LUTUT
Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutut merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan tekanan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur
Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan
Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan ketinggian kasut tumit tinggi anda.


2. BETIS
Otot di bahagian betis akan mengerut(contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat (tighten).


3. MORTON'S NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekeliling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.

4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.


5. HAMMERTOES (jari kaki berbentuk tukul)
Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dlm keadaan bengkok pada sendi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.


6. PUMP BUMP
Tali kasut (strap) yang tebal dan keras boleh menyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan tulang yang dikenali sebagai "Hagglund's deformitiy"




http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT66MC-KNz6NJBjogbPFtdPw3Qc-TS7YdqJGFbGlJNpqUTH6XFkkg 





Kasut Flat yang dipilih oleh Mr.MAN untuk aku

















Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN