♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Blackhead Dan Whitehead
Friday, February 22, 2013 ✿ 10:10 PM ✿ 7 Royal Person (s)




السلام عليكم
Peace be upon you


Aku ada sedikit masalah dekat bahagian hidung aku. Kadang kadang kat bahagian hidung aku ada whitehead, tapi taklah banyak sangat, sebab baru nak menjadi. Dulu masa zaman jahiliah aku, aku suka picit hidung aku supaya whitehead tu hilang, tapi sebenarnya, tak bagus untuk kulit. Sebab nanti akan menyebabkan liang pori kita terbukak. So, bila aku selalu buat macam tu, aku tengok liang pori kat bahagian hidung aku makin besar. Lepas aku tengok tak elok bila liang pori besar besar kat bahagian hidung aku, aku pun amik jalan lain untuk hilangkan whitehead aku. Aku belilah pore strip. Tapi masa aku beli kat watsons, cuma ada jenama watsons je, dah lah harga dia agak mencekik darah! Tup tup bila ahad lepas aku pergi watsons kuantan, ada yang lagi murah dari jenama yang aku beli tu! Haih, naik darah aku bila tengok harga dia 2 kali ganda lagi murah dari pore strip jenama watsons! Tapi tak apalah, aku reda jelah.


Tapi yang tak memuaskan hati aku pakai jenama watsons tu, gam dia kuat sangat, sampai kan susah aku nak cabutkan bila dah kering. Bila time nak cabut, Allahuakbar, mengalir air mata aku! Macam nak menangis pun ada. Punyalah susah nak cabut, bila cabut, sakitnya, hanya Allah je yang tahu! Tapi pore strips jenama watsons yang aku beli tu, ada bau bauan kacang hazel! Bila nak pakai je, bau kacang hazel, rasa nak makan pun ada! Tu pulak kelebihan dia. Tapi aku tak sanggup, menderita bila aku nak bukak poes strip tu. Memang lah bila aku pakai sebulan whitehead aku tak ada kat bahagian hidung, tapi tetap menyiksakan aku! And than semalam, aku search lah kat google kalau kalau ada cara lain, rupa rupa nya tanpa aku tahu, ada 2 3 cara lagi yang boleh aku buat untuk hilangkan whirehead dan blackhead nie sebenarnya.


Cara pertama, adalah dengan gunakan black masker keluran produk Cosway. Nama produk tu Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask. Cara kedua pula adalah dengan menggunakan putih telur dan cotton pad ataupun tisu. Cara ketiga pula dengan menggunakan wap air. So ada banyak cara nak hilangkan whitehead dan blackhead nie sebenarnya. Bukan dengan pemakaian pore strip je. Tapi kalau dah biasa guna pore strip tu, apa salahnya kalau terus kan guna kan? Tak salah pun, cuma aku nak share jelah cara lain kepada sesiapa yang tak tahu dan baru nak tahu macam aku nie kan? Cara cara nie pun aku tahu bila ada blogger blogger yang sudi share kat blog mereka.


Cara Pertama : Menggunakan Black Masker
  • Cuci muka dengan pencuci muka hingga bersih
  • Lapkan dengan tuala bersih
  • Sapukan toner bagi mengilangkan kesan-kesan kotoran pada muka
  • Letakkan  Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask dan tunggu 10-15 minit untuk mask tu kering dan cabutkan.
  • Ambil ais batu dan letakkan dalam kain dan tuam kan dekat muka. ( untuk kecilkan balik liang-liang pori di muka ) 
  • Atau gunakan toner untuk kecilkan kembali liang liang pori dimuka.


Cara Kedua : Menggunakan Putih Telur
  • Ambil putih telur
  • Ambil cotton pad atau tisu dan bahagikan kepada dua. Regang-regangkan cotton pad tu kasi dia nipis sikit.
  • Celup cotton pad atau tisu tadi dalam putih telur dan tampal pada bahagian yang ada white/blackhead. ( Nak tampal seluruh muka lagi bagus! )
  • Tunggu sampai kering. 
  • Bila kering, bukaklah cotton pad atau tisu tadi and whitehead atau blackhead akan melekat-lekat kat cotton pad atau tidu tu tadi. 
  • Kemuadian bilas dan cuci muka.

Cara Ketiga : Wap Air
  • Cuci muka dengan pencuci muka hingga bersih
  • Lapkan dengan tuala bersih
  • Sapukan toner bagi mengilangkan kesan-kesan kotoran pada muka
  • Sediakan air panas satu mangkuk besar untuk wapkan / stimkan muka dan tutup kepala dengan tuala bagi menghalang wapkan tu ke tempat lain. kalau tak nak rasa pedih mata pakai la pelindung mata.
  • Bila dah habis wapkan muka, gosokkan muka dengan tuala bersih di sekitar tempat-tempat muka yang banyak whitehead and blackhead tu sehingga puas hati.
  • Ambil ais batu dan letakkan dalam kain dan dap dap kan dekat muka. ( untuk kecilkan balik liang-liang pori di muka )
  • Atau gunakan toner untuk kecilkan liang liang pori di muka









    Sumber : Blogger Mira  Blogger Iylia



Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN