♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Hati Hati Dengan Setiap Tawaran
Tuesday, February 19, 2013 ✿ 2:34 PM ✿ 0 Royal Person (s)


http://theonemic.com/wp-content/uploads/2011/02/BeCareful.jpg


السلام عليكم 
Peace be upon you



Minggu nie aku tak niaga selama seminggu, so aku ada banyak masa yang terluang untuk dibazirkan! Okey, sebenar nya bukan untuk dibazirkan, tetapi untuk dipenuhi dengan benda benda yang berfaedah, eleh! Berfaedah lah sangat kan? Bosan jugak bila tak niaga sebenar nya, sebab dah biasa niaga waktu waktu macam nie, so bila tak niaga nie rasa tak tahu nak buat apa, godek sana godek sini, bila dah tak tahu nak buat apa lagi, memang kerja aku membuta lah kan? Sungguh kurang hasam punya anak dara! Tapi sebenar nya waktu waktu free macam nie, aku search internet pasal bidang bidang yang ditawarkan di universiti sebenarnya. Aku amik kesempatan free nie nak check out bidang apa yang boleh menambatkan hati aku nie. Lagi pun mama asyik asyik tanya apa yang aku minat, apa yang aku nak amik bila sambung belajar nanti. Aku yang blank nie tak tahu apa yang aku minat, bidang apa yang aku nak amik nanti semua. So Sad Life!


Bila dah ada waktu free nie, boleh lah aku cari dan list kan apa yang aku minat semua. Bila dah list list nie, memang banyak lah bidang yang aku suka! Wink wink, jadi rambang mata pulak jadi nya. Bila dah banyak macam nie, tak tahu nak amik yang mana satu nanti. Tapi sebenar nya aku minat bidang Sains Kemanusiaan, bidang bidang yang ada kena mengena dengan seni, bidang yang ada kena mengena dengan masyarakat. So sebenar nya aku ada banyak pilihan nak jadi apa sebebarnya, bukan terhad! Tapi masalah nya, aku takut keputusan SPM aku pulak nanti yang buat kan aku jadi down gila! Masih menuggu keputusan SPM. Insyaallah, kalau keputusan aku gempak bila keluar nanti, tak kesah lah bidang apa yang aku pilih, Insyaallah ada rezeki buat aku.


Hari kelmarin dan semalam aku tak pergi pun temuduga kursus Diploma Universiti teknlogi Mara ( UiTM ) , Diploma Institut Pengajian Tinggi ( IPT ) & Sijil Kemahiran Malaysia yang aku cerita kan pada post entry yang lepas. Mama ada call guru tingkatan aku last year, Puan Norlida Binti Ab Rahman, tapi cikgu kata buat masa sekarang nie jangan terlalu percaya dengan tawaran yang datang kepada kita, sebab kebanyakan tawaran yang ditawarkan tak menjamin apa apa kepada kita untuk sambung belajar nanti, sebab kebanyakan nya penipuan daripada pihak pihak yang tak bertanggungjawab. So be carefull with that agent. Cikgu kata, setiap tahun memang segelintir pelajar akan mendapat surat tawaran daripada pelbagai pihak untuk ditemuduga, tapi kebanyakan nya cuma nak ambik kesempatan keatas pelajar yang mengunggu keputusan SPM.


Sebaik baik nya pelajar pelajar kena tunggu sehingga kuputusan SPM keluar, barulah boleh terima tawaran tawaran yang ditawarkan oleh pelbagai pihak untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. Mula mula memang rasa excited bila dapat tawaran macam tu, tapi apa kan daya, kita kena berjaga jaga dan hati hati sebelum kita menjadi mangsa penipuan sindiket sindiket yang tak bertanggungjawab macam nie. Sebagai langkah berhati hati, kita just terima tawaran selepas kita dapat keputusan. Insyaallah, pasti ada rezeki kita nanti. Takkan lari gunung dikejar! Bila dah jadi mangsa, mula lah nak rasa menyesal kan? Masa tu rasa menyesal pun dah tak ada guna, sebab semua nya dah berlaku. Aku harap sangat keputusan yang bakal keluar 20.03.2013 nie akan membanggakan family aku semua. Insyaallah.










Note : Sedang berusaha untuk memutihkan kulit muka seperti sedia kala.











Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN