♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Keterujaan Teserlah
Wednesday, February 20, 2013 ✿ 9:30 PM ✿ 2 Royal Person (s)


 

السلام عليكم 
Peace be upon you


Aku rasa teruja sangat baca blog list kat dashboard aku bila ada seorang blogger nie buat entry pasal Kelebihan Ais! Aku seorang yang gila ais nie pun apa lagi, terus bukak link blogger tu and terus baca kelebihan ais nie. Sebenar nya tanpa kita sedar, ais banyak mendatangkan kebaikan kepada diri kita. Aku teruja sangat bukan apa, sebab sejak tahun lepas, aku try makan ais, bila dapat ais, suka sangat kemam dalam mulut, kadang kadang kunyah ais! Mama aku selalu jugak bising kat telinga aku nie bila setiap kali aku makan ais, berdesing telinga aku bila tiap kali dia tazkirah kat aku time aku makan ais, tapi aku buat tak tahu je! Sebab aku rasa macam aku dah jadi ketagih makan ais. Mama selalu bising kat aku " Haaaa! Makan lah ais tu banyak banyak, tak sampai umur 30, dah rongak! " Tapi aku tak dengar cakap dia, aku masih lagi dengan attitude lama aku, makan ais! Setiap hari kalau tak perkena ais, rasa tak sempurna lah hari aku tu! Aku rasa dalam sehari, nak dekat 6 7 kali jugak lah aku makan ais, tapi bukan dalam kuantiti yang banyak. Sebab aku makan ais yang jenis cube. Sekali ambik 1 atau 2 cube. 


Bila dah amik, terus masuk mulut kemam kemam kan! Kadang kadang aku lebih suka kemam dan kunyah! Kadang kadang jugak, aku suka telan terus! Tapi bila tinggal kecik laaa, kalau yang besar, mau tercekik aku sibuat nya! Bila telan, rasa sejuk je dalam tekak! Rasa sungguh heaven lah! Aku start telan ais, bila pertama kali aku tercekik ais, rasa macam tercekik biasa, cuma kalau tercekik ais nie, rasa sejuk yang teramat dalam tekak! Sejak peristiwa tercekik ais tulah yang buat kan aku suka telan ais! Bila kunyah pulak, gigi dan gusi aku tak rasa sejuk! Maybe sebab aku dah biasa agak nya, so tak rasa apa apa. Hari nie bila baca kelebihan ais yang dapat meningkat kan kecerdasan fikiran dan pergerakan bila kita selalu kunyah ais, buatkan aku teruja nak makan ais setiap hari! Tapi kadang kadang aku takut jugak kalau kalau apa yang mama aku membebel kan kat aku setiap kali aku makan ais tu menjadi kenyataan! Errrr, tak sanggup eh! Belum 30 tahun gigi dah rongak! Takut beb!


Kelebihan Air Sejuk Dan Ais

" Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. " - Fakta Kelebihan Ais
  • Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
  • Air sejuk atau ais adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.









    Sumber : Blogger Yummy
                  Blogger Diana






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN