♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Manchester United
Friday, February 15, 2013 ✿ 9:46 PM ✿ 0 Royal Person (s)


 


السلام عليكم
Peace be upon you


Awal pagi khamis yang lalu, aku punyalah bersemangat berjaga malam semata mata nak tengok bola sepak! Ehem ehem, mestilah selok bila team fav aku yang beraksi! Man Utd oohhhh! Gamat sekali pagi tu, siap aku punyalah bersemangat tak tidur sampai pukul 6.30 pagi! Bayangkan lah, siang tu pulak aku kena berniaga, bila dekat gerai punyalah mengantuk tahap gaban! Jangan katalah mata aku, memang tak boleh nak bukak! Mata kuyu je macam perkena 'something' sampai mata stim gila! Padahal nya, semalaman aku jadi musang bertaring sebab nak tengok Man Utd VS Real Madrid, team yang hebat beraksi tu, rugi kalau tak tengok! 


Tapi malang nya, awal pagi tu aku berasa hampa sebab Man Utd hanya seri dengan Real Madrid 1-1, tapi secara keseluruhan perlawanan, aku memang enjoy! Yang aku tak puas hati bila minit minit yang terakhir, pengadil tak bagi sepakan sudut kat pasukan Man Utd, tapi pengadil tiup wisel penamat! Pergh! Hampa hati aku nak tengok peluang ledakan goal terakhir Man Utd! Apa apa pun aku bersyukur sebab seri 1-1, kalau buat kan Man Utd kalah? Tak ke aku lagi sakit hati kan? Walaupun Man Utd tak bernasib baik nak tambahkan bilangan goal, aku tabik dekat De Gea sebab malam tu aku rasa dia pemain terbaik. Dia banyak selamatkan pintu gawang Man Utd daripada ditembusi oleh pihak lawan, antara nya Cristiano Ronaldo! Memang sakit dada aku bila pihak lawan sentiasa dapat peluang menembusi kawasan D Man Utd!


Dea Gea aku rasa memang dah banyak peningkatan, aku memang mengaku, sejak Van Der Sar bersara, aku tak yakin dengan keeper yang lain, sebab bagi aku keeper yang terbaik selama aku hidup nie, Van Der Sar! Tapi lepa aku tengok game Man Utd VS Real Madrid, De Gea dah tukar persepsi aku terhadap pelapis pelapis yang bakal menggantikan Van Der Sar! Lepas nie pulak, Real Madrid akan berkunjung ke Old Trafford dan aku rasa semua penonton akan menyakikan perlawanan yang hebat berbanding perlawanan hari tu di gelanggang Real Madrid sendiri. Aku yakin jugak nasib pasti akan menyebelahi Man Utd di Old Trafford! Sama sama kita nantikan! 











Note : Birthday mama hari tu angah wish birthday, lepas tu mantionkan daripada Angah, Mak Ngah, Syazwan, Nureen, Sara & SUAREZ!






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN