♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
My Skins Back To Normal
Thursday, February 21, 2013 ✿ 12:34 PM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you



Akibat mencari nafkah untuk diri sendiri, aku terpaksa korban kan kecantikan. Ceeehhhh! Ayat aku tak boleh blah! Okey, sebenarnya aku happy gila minggu nie, sebab muka aku dah back to normal, dah tak gelap dah! Aku kan pakai tudung? So bila pakai tudung tu, agak luar biasa ton kulit muka aku, bahagian yang tertutup dengan tudung, putih. Bahagian yang terdedah, hitam! Paling sedih sekali bila tanggalkan tudung, mak ehhh! Menakutkan ton kulit aku, macam bendera negeri pahang! Hitam Putih! Aku nie jenis yang agak cerewet sikit, walaupun aku nie simple person, tapi adakalanya aku jadi cerewet. Tapi cerewet untuk kebaikan apa salah nya kan? So Ahad yang lalu (17.02.2013) aku paksa jugak diri aku spent time just a few minutes pergi watsons cari crim pemutih! Mula mula rambang mata juga nak pilih crim yang mana satu, sebab banyak sangat choice nye, tapi bila aku fikir fikir kan balik, aku pilih produk Garnier. Sebab aku guna pencuci muka Garnier, so aku amik keputusan untuk beli crim pencerah Garnier.


Kena pada masa hari tu, watsons masih ada sales, so crim tu dapat la discount sikit, walaupun harga masih boleh cekik darah, aku tak kesah. Asalkan kulit muka aku back to normal! Tak nak muka berbelang bendera hitam putih lagi ohhh! Tak sanggup nak tengok muka dekat cermin bila gitu. Sedih! " Kecerahan boleh diukur selama 2 minggu " tapi aku pakai baru 5 hari, so dah nampak kesan dia, kulit aku dah tak ada ton bendera pahang! Maybe lagi 2 hari, muka aku akan putih balik! Sebab sebelum nie aku pakai crim pemutih Olay, seminggu je muka aku dah cerah, maybe crim pemutih Garnier nie pun seminggu jugak rasanya, tapi kalau sampai 2 minggu jugak, aku tak kesah. Asal kan kulit muka aku back to normal! So, tak lama lagi muka jadi putih macam Lisa Surihani lah! Eh?









Note : Lepas nie nak beli pelembab muka pulak! Nak muka macam Lisa Surihani. XD






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN