♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
SR Buka Cawangan Di Kuala Lipis
Tuesday, February 12, 2013 ✿ 3:47 AM ✿ 2 Royal Person (s)



السلام عليكم
Peace be upon you


Macam biasa waktu lapang aku, aku penuhi dengan online. Kalau boleh  nak online 24/7, tapi memandangkan waktu aku terlalu padat dengan kerjaya sementara sebelum keputusan SPM keluar. Memang kerjaya sekarang nie tak terlalu nak masyuk, tapi kalau umur sebaya aku nie cukup untuk lepas duit poket, nak beli barang barang yang berkenan dihati pun dah cukup, tak perlu lah nak barang barang yang branded. Bila dah online tu tangan nie memang menggatal nak menggodek godek lah nak berjalan jalan kat blog orang lain sambil baca cerita cerita yang terhangat dipasaran. So bila dah jalan jalan ada pulak satu cerita yang aku rasa excited pulak nak pergi kat tempat tu. Walaupun bukan tempat yang agak mewah, tetapi nun jauh daripada bandar membuatkan aku rasa teruja nak pergi kat tempat tu. Jom sama sama kita tengok disini.


Yes! Tulah tempatnya, memang betul tempat nie tak segah tempat tempat lain seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Johor Bahru semua, tapi cukup lah sekadar gah dimata penduduk setempat dan insan insan yang menghargai tempat nie. Baru baru nie aku dapat tahu yang Kuala Lipis dah ada Secret Recipe (SR)! Yaallah, excited gila aku bila dapat tahu pekan kecik macam Kuala Lipis pun dah ada SR! Aku excited sangat sebab kampung aku kat Benta, so Kuala Lipis tu salah satu pekan yang menjadi tumpuan utama selain pekan Benta tu sendiri. Kalau ada sesiapa yang tahu pasal Kuala Lipis nie, tempat nie agak nun jauh daripada bandar, dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri, dan kalau sesiapa yang tahu pasal pekan Lipis nie jugak, harap kan KFC jelah yang boleh manis kan tekak yang nak ubah selera makan nasi. Kalau nak harapkan McD, Pizza Hut, Rasamas semua semua, alamat nya kempunan lah nak makan kalau nak tunggu bukak kat Kuala Lipis nie.


So bila aku dapat tahu yang SR dah bukak cawangan di Kuala Lipis, aku rasa mesti ramai yang serbu ibarakan ikan sardin dalam tin kan? Yelaaa, selera tekak tak kan asyik asyik nak disumbatkan dengan KFC je selalu? Nak jugak sumbat tekak nie dengan Cheese Cake ke, kan? Rasa jugak kenikmatan yang tak terhingga! Selama aku balik kampung nie pun, aku tak tahu yang SR dah bukak cawangan kat Kuala Lipis, sedara mara aku yang kat Kuala Lipis pun tak ada yang bagi tahu SR dah buka cawangan disana. Kalau aku tahu, tak ada lah setiap kali balik kampung, setiap kali tulah nak sumbat tekak nie dengan makanan dekat pasar malam kan? Sekali sekala boleh ajak Tok Wan sumbat tekak belacan dia dengan Cheese Cake! Aku dapat tahu nie pun daripada seorang blogger nie yang tinggal dekat area Kuala Lipis, kalau aku tak blogwalking blog dia, alamat nya SR nak tutup pun aku tak tahu wujudnya SR dekat Kuala Lipis!


Lepas nie kalau balik kampung, boleh laa ajak family makan dekat SR! Eh, dekat area Pekan pun tak ada SR lagi tau? Tapi still ada pilihan nak manis kan tekak dengan KFC, McD, A&W, Ayam Penyet semua bagai lagi. Harapkan nak naik Kuantan jelah dapat rasa SR! Agak agak bila pulak SR nak bukak cawangan kat Pekan ye? Ura ura ada dengar yang Burger King nak bukak cawangan kat Pekan nie pulak, tapi bila tu aku pu tak tahu lah. Wallahualam. Nampaknya Pekan Bandar Di Raja nie pun semakin hari semakin maju dan dinaik taraf. Alhamdulillah. Kalau ada sesiapa yang tak pernah sampai kat Bandar Di Raja nie, ambik laa peluang untuk singgah sebentar disini. Macam macam juga ada dekat Pekan nie. ♥






Sumber : Blogger Amy 






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN