♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Temuduga Kursus Diploma UiTM, IPT & SKM
Sunday, February 10, 2013 ✿ 4:26 PM ✿ 0 Royal Person (s)



السلام عليكم
Peace be upon you


Hari jumaat yang lalu 08.02.2013 aku dapat satu surat yang tertera "Sulit Dan Prsendirian", hati aku mula berdebar bila mama bagi tahu surat Sulit Dan Persendirian tu tertulis nama aku Nur Shafika Binti Mazlan. Maklum laaa, orang yang sebaya dengan aku nie memang agak susah dan jarang nak dapat surat, so bila dah dapat surat yang tertera Sulit Dan Persendirian memang excited laa nak bukak kan? Nak tahu jugak apa intipati yang terdapat dalam surat tu. Tapi yang paling excited nak bukak surat tu mesti lah mama aku, aku tak selok nak bukak lagi, dia dah awal awal berkejar ke aku suruh aku bukak surat tu, nak tahu sangat apa yang terkandung dalam surat tu. Almaklum laaa, anak sulung kan? Kalau dapat surat apa apa mesti lah dia dulu yang excited nak tahu.

Bila dah bukak, Alhamdulillah, aku dapat tawaran Temuduga Kursus Diploma Universiti Mara (UiTM), Diploma Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Perghhh! punya lah seronok aku dapat tahu aku salah seorang yang terpilih untuk mengikuti kursus tu, Insyaallah kalau ada rezeki, aku boleh mohon apa apa kursus yang disediakan sama ada dekat UiTM, IPT atau SKM! Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab dapat peluang keemasan macam nie. Kalau ada rezeki aku dapat ke UiTM, aku dah bersyukur sangat sangat! Kalau tak, mungkin rezeki aku lepas keputusan SPM aku keluar. Mama aku memang orang pertama yang paling excited, dan dia jugak lah yang confirm kan tarikh untuk aku pergi kursus tu. 


Bukan tu je, lepas aku dapat surat tu, mama canag kan dekat family yang lain aku terpilih untuk mengikuti kursus tu, Yaallah, belum apa apa lagi mama dah canang kan kat semua. Tapi aku takut jugak, takut tak dapat realisasikan impian mama nak tengok anak dia berjaya ke puncak menara gading! Mana tak nya, aku terus rasa down bila baca surat tawaran tu yang dia guna result Trial SPM aku. Yaallah! Aku rasa macam tak ada harapan je nak masuk UiTM kalau result Trial SPM aku macam tu, malu beb! Takut layak masuk dalam tong sampah je. Result Trial aku bukan bagus sangat pun, cukup cukup makan nak masuk Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS je rasa nya. Tapi aku tahu, aku tak boleh berfikiran negatif macam tu kan? Aku mesti kenafikit positif, aku pun boleh berjaya masuk Universiti. Haihhhh, aku tak mengharap sangat sebab aku tahu kemampuan aku tahap mana. So aku tak letak level yang tinggi untuk aku lepas ke U, apa tah lagi Top10 U yang ada kat Malaysia nie.


Apa apa  pun yang boleh aku cakap, aku just serah kan semua nya pada rezeki, kalau ada rezeki aku masuk UiTM tu, tak kan kemana kan? Kalau tak ada, mungkin ada rezeki aku kat tempat lain yang lebih sesuai dengan aku. Allah sentiasa adil terhdap umat nya, so aku memang percaya segala keputusan tu nanti semua nya dah tersurat dan tersirat untuk aku dan mungkin ada hikmah disebalik rezeki aku tu sendiri, aku tak terlalu mengharapkan 100% untuk masuk UiTM dengan result trial SPM aku, aku paling mengaharap ka aku dapat bila keputusan SPM sebenar aku yang dijangka akan keluar pada 20 Mac 2013 nanti. Insyaallah, kalau ada rezeki aku, tak kan kemana nya. Semua nya dah ditentukan dengan terbaik oleh Allah S.W.T!











Note : Selamat Pengantin Baru buat cikgu Nurul Mala Atikah yang melansungkan perkahwinan hari ini. Semoga Kekal hingga ke hujung nyawa. :)










Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN