♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Bagus Ke Cemburu?
Wednesday, March 13, 2013 ✿ 4:24 AM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم
Peace be upon you


Cemburu, tipulah kalau aku nak kata aku tak ada sifat cemburu, semua orang ada sifat cemburu, tapi yang beza nya cemburu kita dengan orang lain adalah tahap cemburu tu sendiri. Bagi aku, tak salah kalau kita ada sifat cemburu, sebab cemburu tu jugak menandakan kita sayang kepada seseorang. Tapi kalau dah cemburu buta, lain pulak cerita nya! Pagi ni terpanggil aku nak buat entry pasal cemburu. Yelah, fitrah sebagai seorang manusia. Mesti ada cemburu kan? Tipulah kalau ada sesiapa yang kata dia tak ada sift cemburu, walaupun tak banyak, tapi mesti ada jugak sikit sikit. Bagi aku, cemburu tak salah dalam sesuatu perhubungan, sebab cemburu membuatkan sesuatu perhubungan tu menjadi lebih akrab dan rapat. Cemburu jugak tak salah dalam kehidupan kita, sebab dengan cemburu kita dapat mengingkatkan semangat kita untuk lebih maju jaya. Cemburu yang positif akan menimbulkan semangat luar biasa yang membangkitkan semangat kita untuk lebih maju jaya dalam sesuatu yang kita buat. Tapi cemburu yang negatif pulak boleh menimbulkan keretakan dalam sesuatu perhubungan. Bagi aku, cemburu ni ada pro dan kontra nya. Pandai pandai lah setiap individu tu nak seimbangkan tahap kecemburuan nya! Jangan lah sampai tercetusnya istilah "Cemburu Buta" kan? Padah jawabnya!


Pada pendapat aku, tak salah kalau nak cemburu, tapi biarlah cemburu tu bertempat, jangan sebab nak ikut kan perasaan cemburu, habis semua orang yang ada dengan kita lari lintang pukang! Memang tak syok lah kalau macam tu. Aku cemburu tak? Jawapan untuk aku ye! Memang aku seorang yang cemburu. Tapi aku rasa buat masa sekarang ni cemburu aku cemburu yang positif! Tapi kalau sebaliknya tu, Wallahualam. Sebelum sebelum ni aku cemburu tentang pelajaran aku, kadang kdang aku cemburu tengok kawan kawan aku yang dapat keputusan exam lebih tinggi daripada aku. Membuatkan aku rasa nak fight habis habisan exam akan datang nanti, sebab nak markah lagi tinggi daripada dia. Dalam perhubungan pulak, aku cemburu kalau ada orang yang boleh amik hati Beatheart aku lebih daripada aku, kadang kadang aku cemburu bila dia rapat dengan kawan kawan perempuan dia. Tapi tak bermakna aku cemburu buta! Cemburu untuk langkah berjaga jaga. "Cemburu Tandanya Sayang". Kalau nak cerita pasal cemburu ni, memang 7 hari 7 malam tak kan habis. So aku nak share kan sikit pasal cemburu. 


Kebaikan Cemburu. 

  • Dapat meningkatkan kejayaan dan keyakinan diri.
Jika seseorang itu mempunyai sikap cemburu terhadap kejayaan insan lain, secara tidak langsung dia akan berusaha untuk berjaya sepertinya juga. Dia akan cuba untuk mencapai tahap sebegitu. Contohnya, seorang pelajar yang selalu gagal dalam satu-satu subjek dan cemburu lihat rakannya berjaya dalam subjek tersebut, maka dengan adanya sikap cemburu terhadap kejayaan rakannya itu dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam subjek tersebut.
  • Menggalakkan seseorang individu utk berfikiran POSITIF.
Dengan adanya sikap cemburu, maka kita akan lebih berfikiran positif. Kita akan mula menganalisis segala kelemahan & kekuatan diri utk berjaya spt org lain.
  • Dapat menunjukkan kasih sayang terhadap seseorang.
Dengan adanya perasaan cemburu dalam diri seseorang maka ia akan dapat menunjukkan rasa kasih sayang individu terbabit. Contohnya dalam sesebuah perhubungan yang tidak berlandaskan apa-apa, perasaan cemburu yang hadir dalam diri individu itu, akan menyedarkannya tentang rasa hati yang sebenar.
  •  Dapat memelihara kerukunan sesebuah perhubungan.
Cemburu juga penting dalam sesebuah perhubungan. Contohnya dalam sesebuah hubungan perkahwinan yang mana cemburu itu perlu dimiliki oleh suami atau bapa selaku ketua keluarga demi menjamin keharmonian rumahtangga. Hal ini kerana keharmonian merupakan suatu anugerah yang tidak boleh dinilai dengan harga.Jadi dengan adanya cemburu dalam kita hidup berumahtangga nih secara tak langsung ia dapat memelihara kerukunan rumahtangga daripada sebarang cacat cela.


Keburukan Cemburu.

  •  Meningkatkan sijil PHD dlm diri individu.
Betul ke cemburu nih blh tingkatkan sijil PHD?? Betul… Saya nak jugak ada sijil PHD nih,,idaman semua orang kan? Tapi sijil PHD nih bukan sijil Dr Falsafah tau tapi PERASAAN HASAD DENGKI. Cemburu yg berlebihan dalam diri seseorg individu boleh menyebabkan dia menyimpan koleksi sijil PHD ini. Sijil ini tidak bagus dimiliki oleh setiap individu kerana ia boleh mendorong seseorang itu bertindak di luar batasan seseorang manusia normal.
  •  Merosakkan sesebuah perhubungan yang sedia terbina.
Cemburu yg melampau vs cemburu buta boleh menjejaskan sesebuah perhubungan. Contohnya dalam rumahtangga, sekiranya si isteri atau suami memiliki sifat cemburu yang terlampau ini, maka secara tak langsung ia akan menjejaskan hubungan perkahwinan mereka, sehingga menyebabkan perang dingin dlm rumah tangga, perceraian etc. Perkahwinan sekali seumur hidup kan, takde siapa yang nak ia berlaku berkali-kali dalam hidup. Andai ikatan itu terputus, disebabkan cemburu buta kita jugak yang merana.
  •  Sahabat syaitan.
Seseorang yang terlalu cemburu, merupakan individu yang disukai oleh syaitan. Sebab apa? Sebabnya apabila dia terlampau cemburu, dia tidak boleh berfikir dengan baik dan waras. Ketika ini mereka lebih senang bersahabat dengan syaitan, yang mana mereka mudah dihasut oleh oleh syaitan dan mudah terdorong melakukan sesuatu yang tak masuk akal.Contohnya dalam perniagaan, seseorang yang kuat cemburu terhadap rakan perniagaannya dan tidak senang dengan kesenangan dan kejayaan yang dimiliki oleh individu itu berkemungkinan untuk mengkhianati rakannya itu.



Sumber : Info Newbie








Note : Cemburu Itu Tandanya Sayang.







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN