♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Bila Mata Memerlukan Bantuan
Wednesday, March 13, 2013 ✿ 3:46 AM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم
Peace be upon you


Lepas terjaga daripada tidur dalam pukul 2.30 tadi, mata aku ni mula lah tak boleh nak dileleapkan balik. Hari ni aku tidur awal sikit sebab kepenatan yang teramat. Biasalah, orang tak biasa kerja, tetiba masa nak tunggu result SPM keluar ni, kena kerja. Walaupun kerja yang aku buat tak terlalu heavy, tapi terasa jugak lah penatnya. Kalau kerja yang heavy heavy, rasa nya mau aku tak sentuh laptop ni. Ada jugak setiap kali aku balik kerja terbongkang habis aku atas katil. Aku ni dah ah pantang jumpa katil kesayangan aku tu, kalau dah dapat baring, memang boleh melelapkan mata aku. Tapi ada masa masa je yang tak akan lelap punya mata walaupun dapat baring atas katil aku yang mempunyai tilan yang empuk tu. *tipu! Okey, dah banyak aku melalut pepagi buta ni. Back to story, aku rasa mata aku kembali kritikal bila time niaga aku tak pakai spec! Kadang kadang ada jugak rasa sakit kepala sebab tahap penglihatan aku amatlah sensitif bila melibatkan cahaya ni. Sensitif ohh mata gua!


Tu belum kira time aku mengadap laptop, dah laa aku ni jenis yang suka online 24/7! Jadi aku rasa, aku ada sedikit masalah bila tiap kali aku online, kekadang bila aku tak pakai spec, mata aku ni rasa macam mnak menangis je! Berair beb! Sebab aku rasa tahap silau mata aku ni memerlukan aku menggunakan protection! Cara nya setiap kali aku online, aku kenalah pakai spec mata aku. Kalau tak, mau menangis mata aku, berair tak tentu pasal! So, sekarang ni bila aku nak buat apa apa, aku kenalah pakai spec, sebagai langkah tak nak mata aku ni berair setiap kali aku online! Bila time niaga, aku kena pakai spec jugak, sebab kadang kadang rasa silau dia sampai effect ke kepala aku ni. Nanti mula lah pening pening kepala semua bagai, so aku perlukan spec setiap kali aku berada di tempat yang penuh cahaya. Bukan tu je, aku ni ada rabun jauh sekali, kadang kadang kalau dah berada kat tempat yang terang, muka orang yang cun melecun pun aku tak nampak! Yang aku nampak kabur je! So, kekadang memang aku tak perasan lah sesiapa yang panggil aku dari jauh tu kalau aku tak pakai spec. 


So, kesimpulannya, aku memang perlukan spec mata, sebab kita kena jaga tahappenglihatan kita. Mata adalah satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah yang tiada bandigannya. Mata memang penting, kalau ada masalah mata, aku syorkan cepat cepat lah pergi periksa, sebab kalau ada masalah tentang penglihatan ni, masalah besar bagi aku. Sebab sebagai orang celik macam aku ni, kalau sehari tak nampak apa yang ada didepan mata kita, memang tak sempurnalah hidup kita ni. Umpama dunia kita kelam dan gelap! Kat bawah ni aku ada share sebab sebab pentingnya penjagaan dan kesihatan mata. Enjoy your read!



Tips kesihatan untuk penjagaan mata.
  • Pada saat menulis dengan tangan kanan, pastikan cahaya disisi kiri sehingga bayangan tidak menutupi tempat yang akan ditulis.
  • Minum banyak air. Ini memeang tips perawatan mata yang efektif.
  • Jika terjadi pembesaran lingkaran bawah mata, gunakan mentimun atau kentang untuk mengobatinya.
  • Gunakan kacamata atau payung untuk menghindari sinar matahari langsung.
  •  Rendam kapas dalam susu hangat. kompres pada mata, hal ini memberikan efek untuk menenangkan mata.
  • Istirahatkan mata anda setiap 20 menit.
  • Latih untuk mengendurkan otot-otot mata dengan menutup mata pada interval yang tetap. Pada saat menutup mata coba pikirkan hal yang menyenangkan.
  • Mata Merah atau gatal dapat mengunakan air hangat dicampur garam.
  • Jika mata cenderung menggembung, cobalah tidur siang sebentar, itu akanmembantu.
  • Konsumsi vit-A yang baik untuk mata.
  • Jauhi dari lampu yang mengeluarkan panas.

Sumber : Kompas Forum










Note : Menghitung hari untuk keputusan SPM. Wish me luck Darling!










Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN