♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Budi Bahasa Budaya Kita!
Friday, March 15, 2013 ✿ 10:07 PM ✿ 0 Royal Person (s)


 

السلام عليكم
Peace be upon you


Yaallah, panas nya hati aku! Okey, sebenarnya since semalam aku panas hati dengan satu blogger ni. Blogger ni junior aku masa aku kat sekolah SMK**. Aku kenal adik beradik dia ni, dari abang dia yang sulung sampai lah ke dia. Maybe aku tak rapat sangat dengan dia. Sebab tu dia boleh buat sesuka hati dia je kan? Aku bukan nak kecoh or nak besar kan hal kecik yang remeh temeh ni, but bagi aku cara dia yang buatkan aku nak bagi M16 kat dia! Aku memang panas hati kalau orang yang tak ada adab dengan aku ni. Cara aku, aku hormat orang, orang kena hormat aku. Tapi kalau orang tak hormat aku, aku boleh jadi 10x ganda tak hormat pada dia. Hati aku memang hati kering yang jenis tak makan saman, so sesiapa yang kenal aku, dia akan tahu lah aku jenis yang macam mana. Aku boleh bergaul dengan sesiapa je, lelaki perempuan, besar kecik, rendah tinggi, hitam putih, muda tua, memang aku boleh pergi. Kalau setakat nak huha huha dengan aku, aku tak ada masalah, nak ajak berbincang dengan aku lagi tak ada masalah. Tapi yang jadi masalah nya kalau orang buat masalah dengan aku. Sorry to say! Tapi aku ni memang jenis yang panas baran. Walaupun perempuan, tapi tahap baran aku ni, ada kala nya boleh melayang meja. So be nice with me, i will 100% behave with you!


Back to story, semalam mood aku goodmood terus jadi badmood, gara gara aku saje saje nak bukak blog junior sekolah lama aku ni. Okey, aku gelar kan junior aku ni A. Tapi memang nama dia A pun! Aku pun blogwalking laa blog dia ni. Dalam hati aku, not bad jugak blog dia. Ada pengisian. Tak ada lah boring sangat kalau sesiapa yang blogwalking blog dia. Lepas dah baca newest post entry dia, terdetik dalam hati aku na baca older post dia. Bila dah bukak older post! Menyirap dararah aku bila terpampang gambar hak milik aku yang diedit kan oleh dia! Yaallah, daripada tulah aku dah panas hati. Aku mula lah nak mencarut dan keluarkan perkataan yang tak elok kat A tu. Yang aku tak puas hatinya, kenapa si A tu tak mintak izin dulu kat aku dia nak ambik gambar tu dan gunakan untuk post dia? Aku tak akan kesah kalau dia mintak izin kat aku nak gunakan gambar aku tu untuk post dia. Tapi aku akan kesah kalau dia main gunakan je gambar kepunyaan aku tu tanpa bagi tahu aku dan mintak izin aku! Sekurang kurangnya bagi tahu lah kat aku dia nak gunakan gambar kepunyaan aku tu untuk blog dia. Insyaallah aku akan bagi. Sebab aku bukan tangkai jering sangat sampai tak bagi.


Apa masalah dia nak bagi tahu aku dulu dia nak gunakan gambar aku untuk post dia? Sumpah aku makan hati dan panas hati dengan dia. Selama ni aku anggap dia baik je. Tapi lepas apa yang jadi semalam, aku seakan akan tak percaya dengan dia dah! Bukan nak mengata, tapi kalau setakat muka cun melecun tapi tak ada adab nak buat apa? Biar muka macam tongkang pecah tapi ada adab, lebih mulia berbanding dia yang tak ada adab! Aku memang cinfirm tu gambar hak milik aku sebeb gambar tu aku je yang ada, tak kan ada orang lain yang ada gmabar tu! Dah laa gambar tu dia gunakan untuk post blog dia, yang aku sakit hati laginya, post yang dia gunakan dengan gambar aku tu pada tahun lepas! Dia gunakan gambar tu pada Sunday, 27 May 2012 @ 14:53! Yaallah, bertambah panas nya hati aku! Yang jadi musykil nya, kenapa kenapa kenapa kenapa kenapa dia tak bagi tahu aku dan mintak izin aku dulu? Padahal dia kenal aku! DIA KENAL AKU! Bukan tak kenal! Dia anggap, dia kenal aku dia boleh buat sesuka hati nak ambik hak milik aku? Aku tak kesah kalau dia nak copy and paste or gunakan entry aku untuk blog dia ke hape, tapi aku tak boleh dan aku kesah kalau orang gunakan gambar hak milik aku untuk tujuan persendirian!


Disebabkan gambar, macam macam boleh terjadi. Aku tahu gambar tu hanyalah gambar seseorang yang dah tak ada, tapi gambar tu tetap hak milik aku! HAK MILIK AKU! Aku memang rasa panas hati sangat lepas apa yang terjadi antara aku dengan si A ni. Kalau ikut kan hati amarah aku ni, nak je aku buat bukan bukan pada dia. Tapi aku dah 18 tahun! Aku mesti jadi contoh kat dia, aku tak nak sebabkan hal kecik ni aku nampak seolah olah budak 6 tahun yang belum mumayyiz! Tapi apa apa pun aku memang tak boleh nak maafkan dia lagi buat masa sekarang ni, aku memang panas hati dengan dia. Doa doa kan lah aku akan memaafkan dia setelah apa yang terjadi antara aku dan dia! Insyaallah.














Note : Debaran yang semakin dirasai untuk keputusan SPM 2012 yang bakal keluar 21.03.2013







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN