♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Kenangan Silam
Wednesday, March 6, 2013 ✿ 10:24 PM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم
Peace be upon you


Hari ni bila bosan, aku teringat pulak zaman aku sekolah dulu. Sungguh indah zaman persekolahan! Memang betul cakap cikgu kelas aku, Puan Norlida. Dia kata " hargailah zaman persekolahan, sebab zaman sekolah jelah yang paling happy, lepas ni awak takkan merasa dah zaman sekolah, biar pun nanti awak kerja dekat sekolah, tapi situasi tu tetap tak sama. " Yes! Betul cakap cikgu! Aku ingat lagi masa aku form1, masa masuk form1, rasa rindu gilaa zaman zaman sekolah rendah. Main kejar kejar dengan kawan kawan, main rebut rebut tiang dengan kawan kawan, main lompat getah, main dekat belakang blok sekolah. Kalau ingat kan balik, memang banyak kenangan kenangan yang tak dapat nak dilupakan masa time sekolah rendah! So Fun! Aku ingat lagi, masa mula mula aku masuk form1, kawan kawan ajak pergi jenguk jenguk sekolah rendah. Jumpa cikgu cikgu! Rindu yang teramat masa zaman sekolah rendah masa tu! And than, bila hari rabu lepas habis Kokurikulum, semua pakat pakat pergi sekolah rendah! Jumpa cikgu cikgu. Sampai kan cikgu cikgu kata " Alaaaa, mula mula datanglah kat sekolah. Sebab tak biasa kat sekolah menengah lagi, bila dah lama lama, tak rindu dah kat sini! " Sampai macam tu sekali cikgu cikgu perli! Tapi hakikatnya ada betul nya cikgu cikgu cakap. Mula mula memang rasa macam tu, tapi lepas tu dah jarang pergi sekolah rendah sebab dah rasa seronok dekat sekolah menengah! Walaupun sekolah menengah dan sekolah rendah sebelah sebelah je! 


Lepas dah sekolah menengah, banyak jugak kenangan kenangan yang tak dapat nak dilupakan. Memang lain kenangan masa sekolah rendah dengan sekolah menengah. Kenangan sekolah menegah lebih menjurus kepada kedewasaan dan kematangan sikit, dah tak ada kenangan main kejar kejar, main rebut rebut tiang, main lompat getah, main belakang blok semua! Kenangan kat sekolah menengah kenangan kenangan nakal masa zaman sekolah! Zaman ponteng kelas, tawaf bangunan sekolah, cinta monyet, gaduh "manja manja" dengan kawan kawan, usha usha crush, lawan cakap cikgu. Memang jauh beza daripada kenangan masa sekolah rendah! Masa zaman sekolah rendah, zaman tak matang lagi. Orang kata zaman setahun jagung lagi. Time tu ada yang belum baligh lagi. Bila masuk sekolah menengah je, majoriti semua nya dah baligh! Tanggung dosa masing masing, yang perempuan, confirm lah dah haid, yang lelaki, suara dah pecah dah tumbuh kumis atau misai dan janggut! Kalau masa sekolah rendah, perempuan duduk dengan lelaki, tak rasa apa apa. Bertepuk tampar pun rasa macam biasa. Tapi bila dah masuk sekolah menegah, perempuan duduk dengan lelaki dah rasa 'something' apatah lagi nak bertepuk tampar!


Tapi bila dah habis sekolah macam aku sekarang ni, lepasan SPM. Bila duduk sendirian, teringat balik kenangan kenagan lampau masa zaman sekolah! Bila teringatkan balik, rasa nak ketawa terbahak bahak pun ada! Sekali sekala ada jugak rasa rindu yang membuak buak kat zaman sekolah! Rasa nak pusingkan masa balik je, nak alami semula kenangan kenangan lampau! Memang seronok time tu! Tak rasa stress pun! Masa zaman sekolah dulu, tanggungjawab tak adalah besar mana yang nak dipikul nya, tapi bila dah habis sekolah, makin besar tanggungjawab yang terpaksa dipikul. Semua nya untuk masa depan kita sendiri! Tapi bila dah belajar kat IPT lain pulak kenangan nya, lain pulak peristiwa nya, bila dah kerja pulak, lain pulak kenangan dan  peristiwa nya. Pada aku, selagi kita bernafas di muka bumi ciptaan Allah ni, perjalanan hidup kita tak kan pernah terhenti, setiap peringkat pasti ada kenangan manis dan pahit nya yang tersendiri yang mengajar kita erti kehidupan. Bermula daripada zaman bayi, zaman kanak kanak, zaman pra remaja, zaman remaja, zaman dewasa dan zaman tua. Semua nya ada pro dan kontra nya yang tersendiri. Semua nya ada kenangan yang tersendiri sehingga kita tutupkan mata buat selama lamanya.











Note : Tragedi di Lahad Datu semakin beransur pulih, harap harap Malaysia akan aman dan makmur seperti sedia kala. Insyaallah. 







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN