♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Kenapa Aku Pilih Si Dia
Saturday, March 9, 2013 ✿ 12:53 AM ✿ 0 Royal Person (s)



السلام عليكم
Peace be upon you


"Kenapa Aku Pilih Si Dia", okey, firstly aku nak bagi tahu dulu, entry aku kali ni mungkin agak mengarut or something else. Kepada sesiapa yang rasa tak berkenan dengan entry aku kali ni, please close tab je! Tapi entry aku kali ni bukan aku nak luah kan perasaa aku atau pun nak ceritakan pasal kisah cinta aku semua bagai! Yes, memang aku mengaku aku ada buah hati a.k.a cinta hati, tapi tak bermakna kisah kisah peribadi aku, aku nak kongsi kan dengan orang ramai. Mungkin ada yang suka baca tentang kisah kisah peribadi aku, sebab nak tahu apa perkembangan aku semua, tapi aku rasa mungkin lagi ramai yang suka kalau aku tak kongsi kan cerita cerita peribadi untuk tontonan dan bacaan umum. Aku tak nafikan memang sebelum sebelum ni aku ada kongsi kan sikit cerita cerita peribadi aku, tapi bila dah meninggkat dewasa, pemikiran semakin matang, lebih baik kalau aku tak kongsi kan cerita peribadi kepada orang ramai. Bagi aku tak salah kalau nak kongsi kan, tapi ada baik buruk nya. So, aku amik keputusan untuk tak kongsi kan lagi cerita peribadi aku. Sebab mungkin cerita cerita peribadi ni memerlukan aku untuk jaga hati pihak pihak yang lain. Tu yang paling susah bagi aku. Ye, aku tak nafikan aku ada kongsi cerita peribadi dengan orang lain, tapi bagi aku biarlah orang tu hanya orang orang yang terdekat dan orang orang yang rapat je dengan aku yang tahu. Tu pun dah cukup. Tak perlulah nak dicanagkan satu dunia kisah peribadi yang boleh mendatangkan aib diri sendiri.


Okey, sejak dua menjak ni. Aku dapat rasakan yang emosi aku betul betul tak stabil. Aku sendiri pun tak tahu apa punca nya, tapi kadang kadang puncanya daripada kawasan persekitaran aku sendiri jugak. Bukan kawasan persekitaran je, orang orang sekitar aku pun boleh menyebabkan emosi aku tak stabil. Tapi yang paling betul nya mungkin sebab aku dah 18 tahun, so hormon hormon tak stabil sebab perubahan jangka umur aku yang semakin dewasa. Bila aku rasa emosi aku tak stabil, aku rasa macam macam! Kadang kadang rasa nak marah tak tentu pasal pun ada! Tapi ada satu tahap tu, rasa nak menangis tak tentu pasal pun ada. Haih, memang tak stabil emosi aku buat masa ni! Tapi yang aku sendiri musykil, kenapa bila time mood aku tak stabil, bosan, marah or hape, aku mesti chill kan diri aku dengan bukak link blog Kak Anis's Marzuki and baca segala entry yang dia post kan. Bila habis je aku baca, mood aku kembali normal and kembali pulih seperti sedia kala. Aku sendiri pun tak tahu kenapa blog Kak Anis yang dipilih aku untuk release kan tension, chill and cool kan balik diri aku. Aku pun tak tahu kenapa Kak Anis. Padahal aku bukan adik Kak Anis or so on pun. Tu yang menjadi tanda tanya aku tu. Why her?


Secara keseluruhannya, memang kak Anis tak ada kena mengena pun dengan aku. Dia tu just ibarat orang luar bagi aku, mungkin juga sebagai senior aku. Walaupun aku bukan sekolah dengan kak Anis dulu. Aku pun tak faham jugak, kenapa kak Anis. Realiti dalam kehidupan aku, tak ada kena menegna langsung dengan kak Anis, sama jugak dengan kak Anis. tapi seriously aku cakap, aku tak tahu kenapa mesti aku nak "perkena" blog kak Anis. Haih, sungguh aku hairan. Mungkin ada sesuatu yang membuat kan aku rasa tertarik dengan entry yang dia post kan tu, tapi kebanyakan nya semua cerita pasal isi hati dia. Mungkin sebab cerita daripada isi hati dia tulah yang membuatkan aku nak "perkena" dulu segala entry dia. Okey, mungkin aku dah habis mengarut kan? Tapi hakikatnya tulah diri aku. Sebelum aku post entry yang ni pun aku perkena blog kak Anis's Marzuki dulu.










Note : Hari ni dapat surat tawaran daripada Kolej SEGi pulak.






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN