♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Segalanya 20.03.2013
Saturday, March 9, 2013 ✿ 1:30 AM ✿ 0 Royal Person (s)





السلام عليكم
Peace be upon you


Debaran semakin terasa bila semakin hari semakin meningkat angka tarikh, masa dan segalanya! Fuhhhh! Bulan ni ramai yang tanya bila result SPM akan keluar. Okey, mungkin secara realitinya nak jawab pertanyaan yang senang tu dibalas dengan jawapan yang senang, tapi hakikat nya dalam hati, hanya Allah yang mengetahui betapa sukar nya untuk menempuhi hari hari yang sungguh mencabar apabila keputusan SPM yag semakin hampir berada di kemuncaknya! Mungkin ramai yang tengok aku ni still chill, cool dan rasa macam tak ada apa apa yang akan berlaku, tapi hakikatnya, tidur malam ibaratkan mimpi yang paling menakutkan! Setiap kali solat, aku sentiasa memintak pertolongan daripada Sang Pencipta agar semua nya akan berjalan denga lancar bila keputusan SPM keluar nanti. Aku jugak mohon agar Allah reda kan hati setiap insan yang mengaharapkan keputusan aku boleh dibanggakan. Aku tak sanggup nak hampakan harapan setiap insan yang telah mengharapkan aku. Terutama nya sekali mak bapak aku! No! Aku tak boleh nak jadi kuat dengan kekecewaan mak bapak aku.


Yaallah, sesungguhnya aku tak kuat nak menghadapi peristiwa yang pahit setiap kali hari keputusan peperiksaan. Stop! Cukuplah dengan kekecewaan yang aku dapat masa UPSR dan PMR yang lepas. Aku tak nak merasa kekecewaan buat kali yang ketiga bila keputusan SPM keluar nanti! Yaallah, kau kabulkan lah segala permintaan permintaan aku yang tak seberapa agar kau redakan lah setiap hati hati yang mengahrapkan aku dapat keputusan yang cemerlang SPM nanti. Sumpah! Aku dah tak sanggup nak menangis setiap kali aku ambil slip peperiksaan. Walaupun masa PMR, terubat sikit duka lara masa UPSR, tapi aku tahu yang mak aku mengaharapkan keputusan yang ada dalam slip periksa tu lebih baik dari apa yang terjadi realitinya! Aku mengaharp sangat bila keputusan SPM aku keluar nanti, aku mengalirkan air mata kegembiraan, bukan air mata tangisan kekecewaan. Setiap kali aku solat, aku sentiasa berdoa agar keputusan yang keluar nanti diluar jangkaan aku, dan diluar jangkaan target SPM aku. Insyaallah dengan keizinan-NYA.


Tapi, kalau aku tak ada rezeki nak dapat keputusan diluar jangkaan dan diluar jangkaan target SPM aku, aku harap Allah akan kuatkan semangat aku, tabahkan hati aku untuk aku tunjukkan kat mak bapak aku apa yang aku dapat. Mungkin tu semua setanding dengan usaha yang aku perolehi. Aku jugak harap agar Allah lembutkan lah setiap ahti yang mendengar keputusan aku nanti, aku tak nak kecewakan hati sesiapa pun! Terutama mak aku! Mungkin orang akan kata, " Tak dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tak bermakna gagal dalam hidup". YA! Memang betul kata kata tu, tapi hati aku tak sekuat kongkrit untuk aku hadapi cabaran, halangan dan rintangan semasa orang tanya aku dapat berapa keputusan SPM aku. Yaallah, aku selalu mengarapkan keputusan yang keluar nanti adalah keputusan yang terbaik buat aku. Insyaallah. Mudah mudahan apa yang aku hajati akan termakbul.









Note : Ada problem pulak post entry aku yang pasal kak Anis kelmarin. 









Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN