♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Tanah Tumpahnya Darahku
Sunday, March 3, 2013 ✿ 5:36 PM ✿ 0 Royal Person (s)



السلام عليكم
Peace be upon you


Baru baru ni rakyat Malaysia telah digempar kan dengan berita yang amat menyedihkan dan membangkitkan semangat amarah rakyat tanah air, apabila berlakunya tragedi yang tidak diingini di Lahad Datu Sabah sehingga menyebabkan tekorbannya 2 anggota polis. Tetapi, berita terbaru mengenai Lahad Datu, 5 anggota polis telah terbunuh selepas berlakunya pertempuran di Semporna. Kes di Lahad Datu diambil serious oleh penduduk tanah air apabila negara bagaikan "dijajah" oleh pihak luar yang seakan akan mahu menguji tahap kesabaran rakyat Malaysia. Yang paling sedih sekali bila pejuang pejuang tanah air tekorban dalam petempuran tu. Yaallah, semoga pejuang pejuang negara yang mati tekorban dalam pertempuran tu mati dalam keadaan syahid. Insyaallah. Kerana mereka bertempur untuk negara. Yang paling sedih nya, ada mulut mulut puaka yang membuka mulut menyebabkan keluarga mangsa yang tekorban rasa kecil hati dengan kata kata yang seakan akan tidak menghormati perasaan sesetengah individu. Bagi aku, buat masa sekarang ni kita cubalah menghormati setiap kejadian yang berlaku, jangan gunakan isu yang berlaku sebagai isu politik, atau sebagainya. Takkan lah bila tanah tumpahnya darahku di serang oleh individu individu yang tak bertanggungjawab ni, kita nak amik kesempatan pulak? Mana letaknya akal fikiran yang dikurniakan kepada kita untuk kita gunakan sebaik mungkin?


Pada pendapat aku, apa motifnya berlakunya pertempuran ni semua? Apa yang dimahukan oleh penceroboh penceroboh dari Sulu? Takkan hanya sekadar mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kerajaan Sulu dan menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah? Yaallah, kenapa kalau tu je tuntutan mereka, sampai nak bertempur dengan senjata api? Kita boleh duduk semeja untuk berbincang baik baik, tanpa ada pertumpahan darah insan insan yang tak berdosa! Perlu ke sampai nak bertempur? Bincang secara baik lagi elok kalau nak dibandingkan dengan bertempur, zaman semakin moden, canggih, tapi pemikiran manusia semakin kolot dan jahil! Bagi aku, kes di Lahad Datu ni perlu dihapuskan, agar keselamatan negara tak tergugat dengan adanya penceroboh penceroboh daripada Filipina! Nasihat aku, lebih baik pihak penceroboh tu kembali ke tempat asal mereka dan menyerah kalah atau menyerah diri sebelum mereka semua akan tewas di tangan pejuang pejuang negara yang tak kan pernah mengalah dan berjuang habis habisan dan mati matian demi negara yang tercinta! Tanah Tumpahnya Darahku! Pantang Anak Melayu Mengaku Kalah Sebelum Bertempur!











Note : Al-Fatihah buat pejuang pejuang tanah air yang tekorban semoga mereka mati dalam keadaan mati syahid dan takziah buat ahli keluarga magsa. Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama!





Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN