♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
UPU & SPM
Friday, March 1, 2013 ✿ 1:51 AM ✿ 2 Royal Person (s)


السلام عليكم
Peace be upon you


Hari nie baru aku ada idea nak update blog aku pasal apa, hari hari sebelum nie rasa blur sangat nak update pasal apa. So hari nie aku dapat ilham nak update blog aku pasal UPU! Okey, aku rasa semua orang tahu apa tu UPU kan? Kalau ada sesiapa yang tak tahu, just click sini! Okey, hari nie dah 1 March! Orang lain dah siap kurun lama nya isi borang online UPU, aku yang bodoh sombong nie baru terhegeh hegeh nak isi borang UPU! Tupun lepas kawan aku yang gangster kat sekolah dah isi, barulah aku terfikir kenapa aku tak isi isi lagi? Padahal dah ramai yang ingat dan pesan kan kat aku supaya isi UPU awal awal! Yaallah, kenapalah telinga yang Allah anugerahkan nie aku tak nak gunakan untuk dengar benda benda yang baik! Kalau benda benda yang jahat, cepat je buat! Cepat je gunakan anugerah yang Allah bagi nie untuk jalan kemungkaran, tapi susah sangat, liat sangat nak gunakan untuk jalan yang diredai Allah! Ramai yang sayangkan aku, ingat kan aku, nasihatkan aku, buat UPU tu awal awal, bila dah last minute macam nie, aku baru terhegeh hegeh nak buat! Padahal masa untuk online benda yang tak berfaedah ada je masa nye! Kalau boleh nak online benda yang tak berfaedah ada masa 24/7! Tapi aku tak ada masa nak pergi BSN beli pin UPU hanya gunakan masa tak sampai 15 minit, online isi borang UPU tak sampai 10 minit! Tupun tak nak buat!


Mr.MAN, abang, ikwan, semua dah ingat kan kat aku supaya isi borang UPU tu. Aku ingat lagi bila abang marah aku " Buatlah awal awal, tak salah buat awal awal kan UPU tu? Kalau masuk form6, abang gelak kan je! Biar padan muka! Orang cakap tak nak dengar! " Yaallah, betapa caring nya orang dekat sekeliling aku nie, sedarkan aku, nasihatkan aku, marahkan aku, supaya aku bukak mata untuk buat benda yang paling penting untuk masa depan aku! Tapi aku? aku amik masa selama 2 bulan lebih untuk isi borang online UPU! Dah 01.03.2013 barulah aku nak isi! Ikwan cakap dengan aku, " Asal adik tak nak buat lepas nak habis tarikh tempoh mohon UPU tu je? " See? Ramai yang dah perli kat aku pasal UPU tu! Tapi Alhamdulillah, aku dapat kesedaran sebelum tamat tempoh isi borang online UPU tu, kalau tak, hancur leburlah peluang aku untuk melanjutkan pelajaran! Subhanallah, betapa lagha nye aku nak buat benda benda yang penting, untuk masa depan aku kan? UPU! Memang penting sangat sangat! Sebab kalau tak buat UPU, alamat nya, memang ke tingkatan 6 jelah aku kan? Kena struggle habis habisan lah nak fight dengan pelajaran yang tough tough dekat form6! Harap harap adalah rezeki aku nak sambung belajar dekat IPT lepas nie, walaupun aku isi UPU lambat.


Tanpa aku sedari pejam celik pejam celik, dah nak dekat 20.03.2013! Subhanallah, sungguh cepat masa berlalu, rasa macam baru je lepas habis jawab paper ekonomi asas 6.12.2012 hari tu, tetiba hari nie dah 01.03.2013! 20.03.2013 nie result SPM akan keluar! Yaallah, punyalah ketar lutut sekarang nie! Lagi 19 hari result SPM akan keluar! Yaallah, aku harap harap sangat keputusan yang keluar nanti macam yang mak bapak aku harapkan, macam yang family aku harapkan, macam yang cikgu cikgu harapkan, dan macam yang pihak pihak lain yang mengharapkan aku. Sumpah aku rasa nak terkucil bila countdown! 19 hari je lagi! Bila fikir fikir kan balik, aku tak nak aku menangis atas kegagalan aku, aku nak menangis atas kejayaan aku. Aku tak nak menitiskan air mata aku walaupun setitik atas kemalasan aku! Yaallah, sungguh aku tak nak lalui hari hari yang semakin membuatkan dada aku semakin sesak bila difikirkan pasal result SPM! Mulai hari nie, mungkin malam malam suram aku untuk tidur sering terganggu akibat stress yang melampau bila menjelang 20.03.2013! 


Aku harap sangat result yang keluar nanti akan gembira kan insan insan yang dah bagi harapan dekat aku. Insyaallah, semoga dengan result yang keluar nanti, aku akan dapat terima kenyataannya! Aku berharap jugak reslut yang keluar tu nanti melangkawi target aku! Insyaallah. Dengan result aku tu jugak, aku nak insan yang telah kandungkan aku selama 9 bulan tak akan menitiskan air mata kekesalan atas kegagalan aku, tapi aku nak dia menitiskan air mata atas dasar kekaguman dia terhadap titik peluh aku selama nie. Insyaallah. Semoga isi hati aku yang tersurat dan tersirat nie akan dimakbulkan oleh Allah. Insyaallah. kelu lidah aku bila nak cerita pasal SPM. SPM! SPM lah penentu hidup kita untuk masa depan. Dengan keputusan yang cemerlang, Insyaallah segala lilu liku kehidupan yang perit, boleh dilalu dengan mudah. Tapi tak bermakna gagal atau kurang cemerlang dalam SPM, masa depan kita penuh dengan liku liku kehidupan yang menyiksakan, kita masih boleh hidup dalam keadaan mewah, tetapi dengan usaha yang lebih gigih dan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Sang Pencipta.













Note : Takut yang teramat bila fikirkan result SPM yang bakal keluar! 







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN