♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Musim Gwiyomi
Sunday, April 28, 2013 ✿ 2:13 AM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم
Peace be upon you


Sebenarnya aku ambik masa jugak nak buat entry aku kali ni, bukan apa kepala otak rasa macam blur je. Yelah, dah lama gila aku tak update blog aku ni, sejak aku dah niaga ni, aku memang jarang nak online. Kalau online pun tengok mood aku dulu. Kalau tak, jangan harap nak tengok muka aku kat laman sosial ni memang agak payah! Dulu masa sekolah, kalau muka aku ni tak ada dekat laman sosial, aku bagi alasan aku nak SPM. Tapi bila dah habis sekolah ni, aku rasa aku nak bagi alasan aku busy bekerja mencari rezeki sesuap nasi dan mengenal erti kepayahan mencari duit. Agak agak okey tak alasan aku tu? Bukan apa, sejak dah berniaga ni, aku banyak spent time kan masa aku rest kan badan aku yang keletihan ni. So masa masa yang terluang aku manja manja kan badan aku ni. Tambahan pulak cuaca sekarang nie tak menentu, sekejap hujan, skejap panas terik! Huuuu~ waktu waktu macam nie lah senang buatkan aku nak cepat demam! Jenis aku ni pulak jenis yang susah nak makan ubat! So kalau time time demam tu, selagi tak teruk, selagi tulah aka tak akan makan ubat! Ubat adalah sesuatu yang boleh buatkan aku rasa nak lari 1 dunia kalau dipaksa makan! 


Okey, back to topic. Aku rasa ramai yang dah tahu pasal Gwiyomi kan? Nak nak lagi video Gwiyomi Nora Danish yang comel sangat tu kan? Yes! Memang comel beb, aku yang tengok ni pun rasa macam terliur je dengan Nora Danish tu! Tapi tak bermakna aku nie suka pasangan sejenis pulak! Aku Just suka tengok video Gwiyomi Nora Danish tu, bagi aku memang awesome lah dia buat! Video Gwiyomi Wawa Zainal pun ada jgak, but aku tak berapa nak minat dengan video Gwiyomi Wawa, aku lebih suka Nora Danish punya! Comel gilaaaa! Kalau boleh setiap malam sebelum aku tidur, aku mesti nak perkena video Gwiyomi Nora Danish, comel! Comel sangat!















Note : Template dah berwajah baru, need your comment darling!







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN