♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Rindu Segalanya
Tuesday, April 30, 2013 ✿ 8:22 PM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you


Petang tadi masa niaga, Rafikah datang gerai! Pergh, agak rindu jugak nak spent time dengan kawan kawan sekolah. Lepas habis sekolah, masing masing buat hal masing masing, bila dah jumpa, memang tak hingat dunia bercerita! Nak nak datang time aku bekerja, memang tak buang kerja lah aku dibuatnya. Bantai berborak je dengan Rafikah! Nasib lah niaga sendiri, kalau bekerja dengan orang lain, mau kena potong gaji aku hari ni! Dapat berborak dengan Rafikah, sampaikan mama yang amik alih kerja kerja kat gerai. Tapi mama pun faham, dah lama tak lepak sesama, bila dah jumpa borak sakan! Macam macam cerita! Sampaikan Abang Jambu and the geng datang pun aku tak layan! Selok dapat jumpa geng! Seriously, rindu nak spent time dengan kawan kawan! Nak nak dapat berkumpul macam dulu, mau tak gamat! Lepas Rafikah datang gerai, Rahmad pun singgah sekali. Lagi lah gamat nya berborak! Sampai pukul 6.35 berborak!


Macam macam borak! Borak pasal nak sambung belajar mana, buat apa, nak amik form6 ke. Macam macam lah! Kalau ada era, lagilah riuhnya! Memang gelak sakan lah tak ingat dunia. Sedangkan Rafikah dengan Mad datang gerai pun aku dah tak ingat dunia, kalau berkumpul semua sekali, mau ada yang tak nak balik! Yaallah, bila dah habis sekolah ni, rindu zaman sekolah! Rasa nak sekolah balik je! Sebab tu sekarang rasa tak sabar nak sambung belajar! Nak rasa pulak pengalaman kat IPTA/IPTS! Jumpa kawan kawan baru, mesti lagi seronok! Mad bulan 7 ni nak sambung belajar kat GMI! Siti, Jihah, Iwan, Syazrul nak sambung form6! Wajdi pulak dah sambung nursing kat KL! Era dengan Pikah nak sambung belajar kat KPTM! Semua dah nak sambung belajar! Tapi majoriti nak tunggu result UPU! Tapi tengah hari tadi sempat jumpa dengan Ramadhan, dia kerja kat Pizza Hut. Kerja hantar pizza. Gaji pun not bad! Basic 900, tu tak termasuk alaun hantar pizza. Fuuuhhhh~ masyuk jugak! Kelmarin pulak jumpa Hasnur Fatin kat pasar malam, still kat tempat kerja lama dia.


Masing masing dah buat hal masing masing, tak ada masa nak galok galok maca dulu masa kat sekolah. Sekarang, dah tak boleh nak jumpa hari hari macam dulu. Seminggu sekali dapat jumpa pun mujur! Kalau tak? Maybe kalau ada jodoh jelah dapat jumpa, kalau hari biasa, semua busy dengan hal masing masing! Yelah, masing masing dah ada tanggungjawab masing masing, kalau dulu, tanggungjawab sama je! Belajar! Bila dah habis sekolah, tanggungjawab dah berbeza. Tapi kenangan bersama, takkan dilupakan! Kenangan kot? Sampai mati pun boleh ingat lagi, kan? Anyway, aku harap sangat satu hari nanti, dapat berkumpul balik macam dulu. Buat reunion ke kan? Nanti dapat spent time sesama lagi.










Note : Melting tengok mata #CapitalT setiap hari!











Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN