♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Berakhirnya Perperangan Antara Parti
Tuesday, May 7, 2013 ✿ 4:03 AM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you


Finally, berakhir jugak PRU13. Sekarang, kita semua maklum bahawasanya siapa pemimpim pemimpin yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Aku harap sangat dengan pilihan yang ditentukan oleh rakyat Malaysia akan membawa lebih kebaikan daripada keburukan untuk negara Malaysia. Ternyata aku memang masih dibawah umur nak bercakap tentang politik dan mengundi, tapi sebagai Generasi Y, yang bakal menerajui negara suatu hari nanti, aku berharap agar keputusan yang dipilih oleh rakyat dan warganegara Malaysia adalah suatu keputusan yang betul! Aku memang tak berhak nak bercerita pasal mana mana parti, mungkin aku masih terlalu mentah nak bercerita pasal parti politik ni semua, tapi aku harap, rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong dan bersatupadu untuk memilih parti yang betul betul tulus dan ikhlas untuk menerajui negara Malaysia kearah negara yang lebih maju dan berwawasan. Janganlah kita sesekali menggadaikan tanah tumpah nya darahku ini jatuh ketangan dan pihak musuh. Nauzubillah!


Pada pendapat aku, mungkin fahaman politik kita semua berbeza beza, tapi jadikan perbezaan fahaman politik tu sebagai satu faktor yang mengeratkan perpaduan antara kaum. Jangan jadikan perbezaan fahaman politik tu sebagai satu alasan dan satu sebab untuk kita berpecah belah. Dimata aku sekarang ni, perbezaan fahaman politik tu yang membuatkan kita berpecah belah dan berpuak puak! Kenapa perbezaan fahaman politik tu menyebabkan kita berasingan antara satu sama lain? Sedangkan perbezaan fahaman politik membolehkan kita bertukar pandangan antara satu sama lain? Mungkin aku masih terlalu naif tentang politik, tapi pada pendapat aku, masih banyak kelemahan kelemahan yang mungkin kita sendiri tak sedar secara nyata, bahawasanya kelemahan kelemahan tulah yang menjadi punca kita tak bersatu padu lagi. 


Aku ada terbaca satu entry daripada seorang blogger ni, pada pendapat aku, ulasan yang diberikan oleh blogger ni memang mantap! Ada benarnya kata kata dalam entry tersebut, aku memang tak nafikan apa yang dikatakan oleh blogger tu memang betul, tapi aku tak menafikan apa yang dikatakan oleh blogger tu salah. Pada pendapat aku, kita ada otak, kita ada akal. So kita gunakan sebaik mungkin kurniaan yang telah diberikan kepada kita dengan bermusahabah diri dan fikir fikirkan apa yang terbaik. Pada aku, ada kebaikan dan keburukan setiap apa yang berlaku. Tapi disebalik kebaikan dan keburukan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang menyedarkan kita dari sesuatu perkara supaya kita akan jadi seorang yang lebih matang. 










Note : Nak baca ulasan mantap PRU13 yang aku sebutkan diatas tadi? Just click here. 






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN