♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Excited Nak Sambung Pengajian di UniSZA!
Monday, May 20, 2013 ✿ 2:24 AM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you


3 Jun 2013 ni aku kena lapor diri kat UniSZA, Syukur! Hajat aku tercapai nak melanjutkan ke menara gading! Secara jujurnya memang aku excited gilaa bila dapat peluang ke U ni. Memang tak dinafikan, aku memang happy gila! Tapi pada masa yang sama, aku rasa sedih pulak nak tinggalkan family! Yelah, selama ni 24/7 dengan family, tak pernah nak tinggal hostel, so bila berjauhan dengan family memang terasa kehilangan tu. Bila hari lapor diri semakin hampir, terasa sebak didada nak tinggal kan family! Lepas ni semua nya kena buat sendiri, tak ada mama nak buatkan dah! Kena hidup berdikari! Tahun ni jugak buat pertama kalinya aku akan berpuasa dekat hostel! Tak sabar sabar nak tunggu saat berpuasa tu sebenarnya! Yelah, kalau selama ni berpuasa kat rumah, suasana berbuka memang lain bila kita berbuka dengan kawan kawan dekat hostel! Tak lama je lagi nak puasa ni!  Lepas ni jugak, macam macam benda baru yang bakal aku tempuhi! Semoga semua nya berjalan dengan lancar! Insyaallah.


Lebih kurang dalam 2 minggu je lagi aku akan bergelar Mahasiswi UniSZA! Pergh! Memang tak sabar sabar rasa nya nak merasai suasana di Universiti! Excited beb! Tapi dalam dalam excited, banyak benda yang aku kena buat! Aku kena siap kan semua dokumen dokumen yang diperlukan untuk lapor diri nanti. Lepas tu aku kena siapkan borang borang. Sebelum lapor diri, kena buat medical cakeup lagi! Haih, banyak benda yang nak dibuat sebenarnya. Dalam masa lebih kurang 2 minggu ni, banyak benda yang aku kena sedia kan! Memang agak kelam kabut rasanya, dengan barang barang tak beli lagi nya! Banyak benda yang kena beli! Dah lah aku dicampakkan di Terengganu! Walaupun berjiranan dengan negeri Pahang, tapi agak susah nak hantar apa apa kalau tak cukup barang dari Pahang! So, sebelum lapor diri, semua nya mesti cukup!


UniSZA, ramai jugak sebenarnya senior senior yang aku kenal ada kat UniSZA, so aku harap sangat aku dapat mintak tolong dengan diorang kalau aku ada apa apa masalah! Aku harap jugak diorang akan beri aku kerjasama. Insyaallah! Aku akan berada di UniSZA, selama 2 tahun dalam bidang Diploma Pemasaran! Pergh! 2 tahun je kot? Sungguh pendek masa belajar kos yang aku dapat! Rasa macam amik Asasi pun ada! Padahal Diploma je! Sebelum pergi ni, mama banyak ingat kan aku pasal kat sana nanti! Haih, padahal belum pergi lagi, macam macam yang mama ingatkan ke aku! Risau sangat kat anak sulung dia ni nak pergi merantau ke negeri orang jauh jauh! Dalam pada aku happy sebab nak masuk U, aku sedih jugak sebenarnya, bila ramai kawan kawan yang rapat dengan aku tak dapat nak sambung pengajian kat U. Sedih jugak bila tengok kawan kawan yang tak ada rezeki. Tapi nak buat mana kan? Aku pun tak boleh nak buat apa apa, sebab aku pun tak ada kuasa nak tentukan kawan kawan aku masuk U or tak. Tapi sebenarnya, belajar kat mana mana pun sama je! Asal kan niat nak belajar tu masih ada!


Sebenarnya, aku harap sangat aku still dapat sambung belajar dengan kawan kawan aku, tapi apakan daya, aku tak ada rezeki nak sambung belajar sesama dengan diorang! Mungkin rezeki aku dengan diorang masa buat Degree nanti kot? Sesama masuk U, sesama sambung belajar buat Degree! Insyaallah. Dalam masa lebih kurang 2 minggu ni, aku akan bergelar Mahasiswa UniSZA! Insyaallah, aku akan belajar bersungguh sungguh dan cuba menjadi seorang mahasiswi yang berjaya! Pray for me people!














Note : Dalam masa lebih kurang 2 minggu ni nak menikmati masakan mama sepuas puasnya! 








Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN