♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Kata Kata Semangat Daripada Seorang Sahabat!
Tuesday, May 21, 2013 ✿ 3:48 AM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you


Hari ni aku dah buat preparation sikit sebelum hari hari aku akan berakhir di Pahang ni. Lepas ni akan merantau ke negeri orang! Walaupun tak terlalu jauh, tapi masih terasa jauhnya, berbatu batu! Hari ni aku dah settle kan semua dokumen dokumen penting. Hari ni jugak aku pergi settle kan pasal akaun bank. Haih, seharian jugaklah settle kan pasal U je. Esok pulak nak pergi medical check up, kalau sempat nak pergi Yayasan Pahang, Muip, Persatuan Anak Kelahiran Pahang nak mintak bantuan. Banyak tempat lagi nak pergi esok. Esok jugak kalau masa tak mencemburui, nak beli barang barang kelengkapan hostel! Pergh! Minggu ni jadual agak padat dengan persediaan nak ke Unicersiti ni. Rasa nya macam dah ada ada masa nak berniaga, tapi rasa sayang pulak kalau tak berniaga. Tapi nak buat macam mana, kelengkapan kelengkapan aku nak pergi U nanti lagi penting dari niaga. Mama pun dah macam tak kesah pasal niaga, kalau boleh dia nak settle kan dulu hal U aku ni semua, lepas dah settle dan boleh tarik nafas lega, baru mama nak niaga balik! Lepas ni, aku dah pergi Terengganu, tak tahu lah siapa pulak yang gantikan aku nak kerja kat gerai. Aku harap sangat mama tak tutup gerai bila aku dah tak ada nanti. Aku harap mama still teruskan perniagaan macam biasa walaupun aku tak ada. Rasa sedih pulak bila nak tinggalkan rutin harian yang aku buat selama 6 bulan ni! Seronok bila kita sendiri yang rasa keperitan nak cari duit ni sebenarnya, barulah kita reti bersyukur sikit!


Lepas ni tak ada dah nak jumpa regular customer yang selalu makan kat gerai. Lepas ni jugak dah tak ada nak duduk berborak dengan abang abang and kakak kaka iCAM. Mungkin lepas ni diorang pun dah jarang datang gerai sebab dah tak boleh nak lepak sesama lagi. Haih, mesti rindu saat saat tu nanti! Hari ni aku ada online twitter. Sempat jugak lah tweet dengan bestie aku! Yeaahhh! My baby booooo! Nurnatasha Shazhira. Rasa sedih pulak bila nak pergi sambung belajar! Nanti dah berjauhan dengan dia. Sebenarnya, aku rasa terkilan jugak bila aku dengan dia tak dapat sambung belajar sama sama. Padahal kitorang kawan baik, aku ingat lagi masa kitorang form2 atau form3, kitorang dah berangan angan nak sambung belajar sama sama nanti. Tapi sekarang, bila dah dapat result SPM, ternyata tak ada rezeki nak sambung belajar sama sama. Nanti aku kat Kuala Terengganu, dia pulak tak tahu dapat belajar kat mana. Hopefully tempat belajar dia nanti dekat lah dengan KT. Nanti boleh lepak sama sama lagi walaupun tak satu kampus! Berat jugak hati aku ni sebenarnya nak tinggal kan family, kawan kawan semua. Tapi untuk masa depan, aku mesti gagahkan jugak semangat aku ni! Insyaallah, mungkin time Degree nanti aku dengan dia dapat belajar sama sama. 


Dia ada nasihatkan aku jaga diri aku kat tempat orang. Yeaahhh! Dia selalu ingat kan aku macam macam. Kitorang dah macam adik beradik dah. Cuma sejak lepas SPM ni, tak ada quality time untuk kitorang spent time masa bersama! Masing masing sibuk dengan urusan masing masing! Tapi apa yang boleh aku cakapkan, aku akan doakan yang terbaik buat Tasha. Aku tahu, dia boleh! Apa apa pun yang dia buat, aku percaya dia akan mencapai kejayaan dia yang tersendiri. Kalau ada jodoh, aku dengan dia akan berjumpa lagi. Lagi pun kampung Tasha dekat Terengganu jugak, so kalau dia balik Terengganu, dia still boleh jenguk jenguk aku dekat KT. 














Note : Tak tahu siapa yang dapat UniSZA sama dengan aku!







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN