♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Menghargai Penat Lelah Mencari Duit
Wednesday, May 1, 2013 ✿ 8:46 PM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم 
Peace be upon you


Sejak sejak dah ada tanggungjawab sendiri ni, aku rasa macam lebih menghargai kat mak bapak aku. Yelah, sekarang ni baru lah aku tahu dan aku faham, betapa susah nya nak cari rezeki sesuap nasi. Bukan senang nak cari duit! Bila kita sendiri yang rasa macam mana payah nya nak cari duit, baru lah kita tahu nak menghargai. Yes! Memang aku baru sedar betapa susah nya nak cari duit. Bila kita tak lalui, memang nampak mudah. Tapi, bila kita sendiri yang lalui, rasa sendiri pengalaman nak cari duit, memang bukan suatu kerja yang mudah! Dengan penat nya, letih nya. Memang perlu kan tahap kesabaran yang tinggi menggunung! Bila dah kerja ni pun, aku rasa sayang sangat nak gunakan duit gaji yang aku dapat tu! Bukan kedekut or pape, tapi aku rasa membazir je kalau aku gunakan duit gaji kerja aku tu untuk benda benda yang tak berfaedah! Rasa macam sia sia je titik peluh aku penat bekerja. Kalau nak beli something pun, aku fikir 6 7 8 9 kali nak beli! Bukan 1 2 3 4 kali je, tapi 6 7 8 9 kali! Kena fikir dulu, buat keputusan yang bijak sama ada barang yang aku nak beli tu betul betul penting buat aku atau sekadar nak habis kan duit je!


Lagi pun, aku fikir duit gaji yang aku dapat, aku nak beli barang barang nak masuk IPTA/IPTS nanti. Yelah, time tu nanti lagi banyak duit yang aku nak kena gunakan. Nak beli barang barang kelengkapan lagi, yuran pentaftaran lagi. Banyak duit yang aku nak guna. Takkan lah aku nak mengharapkan duit mak bapak aku 100% bila nak sambung belajar nanti kan? Cukup lah aku habiskan duit mak bapak aku dari aku lahir sampai lah sekarang ni. Apa salahnya kalau nak sambung belajar nanti, aku gunakan duit yang aku kumpul masa kerja ni kan? Sedikit sebanyak, aku rasa aku ringankan sikit beban mak bapak aku. Tak ada lah nak harap kan duit mak bapak aku je. Apa guna aku kerja sebelum sebelum ni kalau aku tak reti nak gunakan duit tu. Lagi pun, aku rasa tak salah kalau aku gunakan duit tu untuk masa depan aku, barulah aku lebih hargai semua benda yang aku buat. Yelah, dari titik peluh aku sendiri.


Tapi, tak bermakna selama ni aku tak menghargai titik peluh mak bapak aku. Taakkkkk! Bukan macam tu, aku hargai, aku tahu macam mana mak bapak aku penat cari duit untuk aku 3 beradik. Cuma, bila aku dah ada pengalaman cari duit sendiri aku rasa lebih mengahargai setiap apa yang ada disekeliling aku. Baru aku sedar 100% betapa susah nya kita nak memiliki sesuatu. Selama ni hanya mintak kat mak bapak kita je. Bila dah rasa sendiri keperitan, barulah kita tahu betapa susahnya mak bapak kita nak tunaikan apa yang kita mintak. 









Note : Tak dapat nak usha mata #CapitalT hari ni.







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN