♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Kehidupan Baru Di Dunia IPTA
Sunday, July 7, 2013 ✿ 12:40 PM ✿ 0 Royal Person (s)



السلام عليكم
Peace be upon you


Dah lama yang teramat sangat rasanya tak mengomel omel kat sini, last change yang ada peluang pun just dapat post gambar yang tak seberapa. Tapi hakikatnya, kehidupan di kampus sangat sangat padat! Tapi kepadatan yang melanda tidak sedikit pun membosan kan aku sebagai seorang yang bergelar mahasiswi. Ternyata kehidupan yang semakin berbeza ni lebih mematangkan aku untuk jadi lebih dewasa. Pengalaman demi pengalaman yang mengajar aku erti kematangan tidak seikit pun membuatkan aku merasakan kebosanan tetapi lebih kepada pengalaman yang baru. Berjumpa dengan bermacam macam ragam orang di dunia kampus membuat aku lebih excited untuk menjalani kehidupan yang semakin panjang lepas ni. Buat permulaan waktu ni, aku memang tak rasa terlalu lama sebab aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi di semester pendek. Tapi semester pendek bukan satu lesen untuk aku berfoya foya! Tapi semester pendek ni untuk aku buktikan pada semua orang, yang aku akan berusaha 2 kali ganda daripada yang biasa untuk mencapai target yang aku impikan selama ni. Target aku bila di peringgat IPT ni, aku nak dapatkan Anugerah Dekan. Insyaallah. Semoga dipermudahkan.


Walaupun tak dinafikan, memang aku tak sangka dapat sambung belajar kat UniSZA, tapi ternyata tercampaknya aku di bumi Terengganu ni memberikan aku 1001 kenikmatan yang tak terhingga. Sering kali aku mengeluh apabila terkenangkan nasib aku di bumi Terengganu ni, tapi bila di fikir fikir panjang, Allah lebih menyayangi aku kerana aku di campak kan disini membuatkan aku lebih dekatkan diri kepada Sang Pencipta. Allahu Rabbi! Jika nak dibandingkan dengan kawan kawan aku yang sambung pengajian di ibu kota Kuala Lumpur, mereka seolah olah hilang kawalan diri sehinggakan mengalami proses 'kejutan budaya'. Memang tak dinafikan, bukan semua kawan kawan aku seperti itu, tapi memang tak dinafikan kebanyakan nya seperti itu. Sering kali aku terfikir bahawasanya tercampak nya aku di bumi Terengganu ni adalah suatu anugerah dan hikmah serta hidayah yang Allah berikan kepada aku untuk aku mengubah diri aku supaya menjadi seorang muslimah yang lebih sejati. Tambahan pula aku menyambung pengajian di Universiti Islam ke 3 selepas UIA dan USIM. Insyaallah. Semoga dengan anugerah yang diberikan ni, aku akan menjadi seorang muslimah yang sentiasa diredai oleh Yang Maha Esa. Insyaallah. 










Note : Hujung bulan ni dah final exam, wish me luck people! 






Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN