♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Kehidupan Telah Berubah
Tuesday, October 22, 2013 ✿ 5:47 PM ✿ 0 Royal Person (s)





السلام عليكم
Peace be upon you


Yaallah, dah lama gila aku tak update blog aku ni, tak ada perkembangan langsung tentang diri aku yang terbaru dalam blog ni. Tu baru pasal perkembangan diri, belum lagi pasal blogwalking yang semakin menimbun nimbun. Masyaallah, ternyata masa aku semakin padat sejak aku berada di dunia IPTA ni. Nak bersosial di laman sosial pun kadang kadang memang tak ada masa! Kali terakhir aku post something kat blog ni pun 7 July yang lepas. Sekarang ni dah 22 Oktober, Masyaallah! Lama gila dah tak update. Nak update ni pun rasa kekok je dan tak tahu nak cerita dan omelkan pasal apa. Bagiaku setiap hari adalah sesuatu yang baru pada aku. Walaupun, setiap hari aku buat rutin harian yang sama, hari hari yang aku lalui sememang nya mengajar aku erti kematangan. Sejak menjejakkan kaki di Bumi Teregganu, di Dunia IPTA pemikiran aku sememangnya perlu ditransformasikan agar aku menjadi mahasiswi yang lebih matang.


Kehidupan aku sejak bergelar mahasiswi ternyata bukan mudah seperti yang aku bayangkan. Banyak perkara baru yang aku pelajari dan aku tempuhi. Setelah menjejakkan kaki di dunia IPTA, aku sememangnya perlu bersiap sedia dari segi pelbagai aspek. Bukan mudah untuk membawa diri keseorangan untuk menempuh kehidupan di dunia IPTA lagi lagi di Universiti. Kemana sahaja langkah kaki, segalanya tempat baru yang tak pernah ditujui sebelum ini. Kehidupan yang penuh dan sarat dengan berdikari perlu aku suai kan secepat mungkin. Tapi, segalanya adalah seronok dan enjoy! Bukan senang nak bawa diri ditempat orang, banyak perkara yang perlu kita lalui, yang pertamanya ialah budaya kawasan sekeliling. Memang betul, budaya disini memang jauh beza dengan budaya tempat belajar aku yang lama. Kadang kadang pernah aku terfikir, " Adakah ini jalan yang terbaik buat aku? " " Boleh ke aku lalui semua liku liku kehidupan aku di sini? Di tempat baru? " Segala persoalan persoalan sering bermain di fikiran aku.


Pernah terlintas di fikiran aku untuk berputus asa, tapi itu semua tidak pernah sesekali mematah kan semangat aku untuk terus berjuang dan berjuang semata mata hanya mahu megenggam segulung diploma! Walaupun ramai yang memperlekehkan course yang menjadi rezeki aku, tapi tak kan sesekali aku akan perlekehkan apa yang diberikan kepada aku. Bagi aku, jika kita rasa sesuatu perkara itu adalah yang terbaik buat diri kita, tetapi Allah lebih mengetahui dan menyediakan apa yang lebih terbaik buat kita! Insyaallah, dengan berkat usaha dan doa aku setiap hari, ada jalan yang terbaik buat aku di akhirnya nanti! Allah Maha Adil!









Note : Berdiam diri itu lebih baik, supaya dapat muhasabah diri agar dapat mencari diri kita yang sebenar.





Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN