♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Hargai Insan Yang Bergelar I B U
Friday, November 29, 2013 ✿ 6:26 PM ✿ 0 Royal Person (s)



السلام عليكم
Peace be upon you


Hari ni rasa membuak buak nak post something kat blog. Aku rasa macam ni pun sebab ada kejadian buruk yang aku lalui pagi tadi sampaikan aku rasa nak post something about my mom! Ergh! Pagi tadi sedap sedap tidur dengan nyenyak dalam keadaan yang sejuk akibat cuaca hujan dengan lebat. Aku termimpikan sesuatu yang buruk tentang seorang insan yang bergelar I B U! Yes! My mom! M A M A! Pagi tadi aku mimpi, ada satu musibah yang melanda kepada aku, sehinggakan family aku yang jadi magsa. Yang paling aku tak boleh terima kenyataan dalam mimpi tu, mak aku kena bom! Hancur badan badan dia, yang tinggal hanya anggota yang dapat aku cium dan tatap buat kali terakhir, iaitu, kepala dan mukanya. Subhanallah! Ketakutan aku sangat melampau bila mimpi tu yang aku mimpikan! Bila jenazah mak aku ada depan mata aku, aku menagis teresak esak sebab aku menyesal aku tak mintak maafkan dia sebelum dia tinggalkan aku. Aku menangis dalam keadaan yang sangat menyesal! Masa aku menangis tu, aku terjaga dari tidur aku. Bila dah terjaga, aku menangis teresak esak macam mana yang aku menangis dalam mimpi aku tadi.


Aku beristighfar, tadah tangan mohon kepada Sang Pencipta agar dia jauhkan segala mimpi buruk aku tadi menjadi kenyataan. Lepas tu, aku terus capai phone aku, aku terus text mama! Aku takut! Aku takut kalau aku tak sempat nak mintak maaf macam mana yang aku mimpikan tadi. Lepas capai phone, aku terus text dia. AKu tahu dia dah bangun dari tidur untuk siapkan persiapan untuk berniaga. Dalam text aku, aku kata kat dia " Mama sihat ke? Hari ni niaga tak? Ika nak mintak maaf kat mama kalau ika ada buat salah dengan mama dari ika kecik sampai sekarang. Halalkan makan minum yg ika dah makan minum selama ni. Mama jaga diri! Doakan ika belajar kat sini. Ika mimpi buruk tadi pasal mama, takut sangat! Takut tak sempat nak mintak maaf kat mama. Tu je. Ika sayang mama! "The last words yang aku bagi kat dia, aku sayang dia! Yes! Aku sayang mama! Aku nak dia tahu yang aku sayangkan dia! Tak pernah sesaat pun aku tak sayangkan dia.


Lepas aku text mama macam tu, dia terus call aku. Tapi aku tak angkat! Maybe dia risaukan keadaan aku. Dia terus call, call dan call! Sampai 5 missed call! Tapi 1 call mama pun aku tak angkat. AKu tak sanggup nak angkat, aku tak sanggup nak menangis kat mama, aku tak sanggup nak mama dengar aku nangis! Lepas tu, aku text mama lagi, aku bagitahu dia " Jangan call ika lagi, sedih, tak nak cakap..ika tak ready! " Yes! Aku sedih sangat! Masa tu, air mata aku tak berhenti mengalir sejak aku bangun tidur. Lepas aku dah text mama macam tu, mama reply text aku. Mama cakap " Mama sangat lah seihat kat sini, mama niaga air je hari ni sebab cikpah cuti. Mama jual air teh O ais, sirap & air botol. Ptg ni mama nak balik kampung hantar wan & balik kajang 1 minggu degan adik. His.. mimpi apa pulak! Tak ada apa apa la, Mimpi tukan mainan tidur. Insyaallah mama panjang umur. Mama kena jaga kamu semua & atuk nenek. Belajar rajin rajin capai cita cita awak. Dah berjaya jangan lupakan adik adik. Tolong mereka kalau mereka susah tau. Mama halalkan makan minum awak. Mama sayang awak & adik adik jugak. Dah jangan sedih sedih lagi. Ni semua rahsia Allah. "


Bila aku baca text mama tu, air mata aku lagi mencurah curah turun! Aku tabahkan diri aku, kuatkan semangat, fikir positif. Aku harap tak akan ada benda benda buruk yg akan terjadi! Lepas tu aku sambung tidur! Tapi lepas tu, tidur aku tak lena! Sampai pukul 10 pagi, acu ada text tanya pasal aku. Dia kata mama risau kan aku. Tapi aku tak ready lagi nak call mama. AKu bukan nak buat mama risau kan aku, tapi tah lah! Aku nak call dia, nak bagi tahu dia, jangan risau kan aku. Tapi tiap kali aku nak call mama, tiap kali tulah air mata aku seumpama air terjun! Yaallah, kau lindungilah ibuku, kau panjangkanlah umurnya, kau lindungi dia dari api neraka, kau verikanlah dia kebahagiaan didunia dan diakhirat! Amin. 










Note : Aku tak pernah rasa takut macam ni, sebelum sebelum ni. Aku tak pernah rasa apa yang akurasa        sekarang, sebelum sebelum ni. Apakah hikmah disebalik mimpi buruk aku ni?




Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN