♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Hadirmu Hanya Seketika
Saturday, March 1, 2014 ✿ 6:26 PM ✿ 0 Royal Person (s)




السلام عليكم
Peace be upon you


Dah lama rasanya aku menghilangkan diri dekat blog ni kan? Last update pun bulan Dec yg lalu, sekarang ni dah bulan Mac. OMG! Lama nya tinggal kan dunia blog. Sorry Mr.Blog! Sangat tak aktif dah sekarang ni. Cerita yang nak di kongsi kan pun rasanya dah basi! Ergh! Actually, hari ni nak share sikit satu story yang dah lama aku pendam kan dalam hati ni. Tak sanggup dah rasanya nak simpan lelama perasaan ni dalam dada, sakitnya menanggung rindu, hanya Allah yang tahu! Lately, aku rasa rindu yang teramat sangat seorang insan yang sudi kongsi gelak tawa aku since aku masih hingusan lagi. Yes! I'm miss him so much lately! Tapi perasaan rindu yang wujud ni aku perlu pendam kan dan kuburkan saja!


Aku pun tak tahu salah siapa sebenar nya. Masing masing mempunyai ego tinggi menggunung, aku pasrah. Aku dengan rela hati undur kan diri untuk menyembunyikan diri aku walaupun sebenarnya aku masih mengingati dia. Mungkin bila 'hilang' nya punca keretakan hubungan kami ni, mungkin dia akan kembali kepada aku. 'Mungkin'..... Aku rindu saat saat gelak tawa dengan nya. Aku rindu saat menangis mengadu bersamanya. Tapi itu hanyalah kenangan yang akan aku simpan sampai akhir nafas aku. Perkenalan aku dengan dia tanpa diduga. Keakraban aku dengan dia juga tanpa diduga. Sedih sekali, keretakan hubungan aku dengan dia juga tanpa diduga!


Aku dahagakan hubungan aku dengan dia macam dulu! Seriously aku rindukan dia. Rindu nak luangkan masa bersama sama macam dulu! Tapi aku tahu semua itu tak kan mungkin terjadi lagi selepas tragedi perselisihan faham antara aku, dia, dan 'dia'. Aku pernah bagi tahu dia, selama ni aku senyap sebab aku tak nak hal yang berlaku itu terjadi. Memang masin mulut aku bila hal itu terjadi! Tanpa diduga, aku dan dia seakan akan diam membatukan diri! Selepas tragedi tu juga, aku dan dia seakan akan tidak mengenali antara satu sama lain. Paling aku kesalkan, sedihkan pada hari birthday aku, dia tak ada hantar sekeping ucapan pun dekat aku! Padahal selama ni, serenggang mana pun hubungan aku dan dia, dia tak pernah lupa nak wish birthday aku. Tapi kenapa tahun ni tak ada satu pun ucapan daripada dia?


Seriously aku terasa gila bila dia buat macam tu dekat aku. Padahal dah kenal lama dah. Hampir 6 tahun kenal dia. Ini balasan perkenalan yang kekal selama 6 tahun? Puncanya hanya hadir 'dia' dalam hidup dia. Aku tak pernah dengki atau cemburu bila dia dah ada insan lain, aku happy bila tengok dia happy. Tapi aku sedih bila hubungan aku dan dia jadi macam ni. Sumpah aku terasa sangat dengan dia! Salah ke nak hantar secebis ucapan birthday dekat aku? Aku tak mintak hadiah atau apa apa pun dari dia, cukup lah sekadar ucapan. Tapi ternyata apa yang aku mahukan meleset sesama sekali! Mungkin dia terlupa bithday aku. 'Mungkin' terlupaaaa....... Walau apa pun yang terjadi, aku akan sentiasa ingat dia dalam hidup aku. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia. 











Note : Aku dahagakan seorang insan yang bergelar A B A N G!







Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN