♥ Sleeping Beauty Fairy Tale ♥
music
Put something here.

JOURNAL PAGES LOVE DARLINK
Perlukah 'kawan' ketika senang?
Friday, March 28, 2014 ✿ 11:19 PM ✿ 0 Royal Person (s)


 السلام عليكم
Peace be  upon you


Hari ni nak update blog tajuk yang mungkin ada sesetengah orang akan terasa. But, who I care about it?! Talk to my hand! Cewah! Ayat bukan main laa nak gempak kan? Okey, firstly, aku tak tahu sama ada aku terasa or what, tapi apa yang aku nak cakap ni, berdasarkan apa yg aku nampak, apa yg aku lalui dan apa yg aku rasa. Bukan nak mengumpat or mengutuk, tapi pada pandangan aku. Perlu ke hadir nya seorang insan yg bergelar 'kawan' tetapi hanya datang kepada kita ketika kita senang? Hilangnya insan demikian apabila kita susah? Dan yg paling penting, perlukah insan itu hanya datang kepada kita sekadar untuk bercerita perkara yg menggembirakan tapi apabila susuah, sikit tak pernah nak cerita kepada kita? Seumpama, hadirnya aku sebagai 'kawan' dia, hanya untuk suka suka. Am I right? Seakan akan aku ni bukanlah seorang yang tak boleh dipercayai. Padahal semua cerita suka duka aku, aku bg taw dia. Tapi kenapa bila part dia, seakan akan ada jarak di antara kami? Mungkin aku dengan dia baru memulakan detik perkenalan sehinggakan dia masih tidak ada kepercayaan pada aku lagi.


Aku x pernah nak salah kan dia, maybe sebelum sebelum ni dia mungkin ada sejarah hitam dengan 'kawan' dia sebelum sebelum ni. Siapa tahu kan? Aku tak tahu, yalah. Sedangkan cerita sedih dia pun dia x nak share dengan aku. Ni kan pulak cerita sejarah hitam dia. Kadang kadang aku terfikir, aku ni kawan dia ke? Atau dia terpaksa kawan dengan aku? Kenapa sifat dia seakan akan tidak pernah merasakan aku kawan dia. Bukan aku nak mengata, tapi hakikatnya memang seperti itu! Mungkin aku tidak layak untuk gelarkan diri aku 'kawan' kepada nya. Mungkin.......











Note : Kehadiran seorang insan yg bergelar kawan itu diperlukan ketika suka dan juga duka. Hadirnya bukan sementara, tetapi selamanya.

Dashboard Follow

Miss Sleeping Beauty


 photo ed19d7ae-2426-43c5-8272-709ce60cc9a2_zps302609d8.jpg


Welcome to my online diary Darling! This blog belongs to the Sleeping Beauty named Nur Shafika.

Last Moment


Chit Chat


Thank You
Skin edit by ADSA ADAM
Basecodes by JAJA
Others ; xx
skin edited by : SHAFIKA MAZLAN